“Sembang Macam Beli, Itu Menipu” – Ada Netizen Kata Aeril Zafrel Hanya Sewa Lamborghini Untuk Buat ‘Content’

Hiburan

“Sembang Macam Beli, Itu Menipu” – Ada Netizen Kata Aeril Zafrel Hanya Sewa Lamborghini Untuk Buat ‘Content’

Perkongsian Wawa Zainal menghadiahkan suaminya, Aeril Zafrel kereta mewah Lamborghini Aventador menimbulkan rasa kurang senang seorang individu di media sosial.

Menerusi ‘posting’ Aeril di Instagram baru-baru ini, dia mendedahkan mesej diterimanya daripada individu terbabit yang menuduhnya hanya menyewa kereta mewah berwarna kuning itu.

Advertisement

Tangkap layar mesej peribadi itu menunjukkan individu terbabit mendakwa kereta itu disewa hanya untuk tujuan ‘content’ di mesia sosial semata-mata.

Kalau betul sewa sembang macam beli hak milik kekal, itu menipu namanya. Kenapa perlu menipu untuk sebuah content?”

Bagaimanapun, menerusi ‘caption’ pelakon berusia 34 tahun itu menjelaskan dia tidak untung apa-apa jika betul berbohong kepada semua orang.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa geram mereka terhadap individu terbabit kerana ‘busuk hati’ dan marah tak tentu pasal.

Menurut mereka, jika tidak suka sekalipun ‘tutup mata’ dan tak perlu masuk campur urusan Aeril sekeluarga.

2 years ago

(VIDEO) “Ingatkan Kereta Sewa”- Aeril Zafrel Sebak, Tak Sangka Isteri Hadiahkan Lamborghini Aventador

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...