(VIDEO) “Ingatkan Kereta Sewa”- Aeril Zafrel Sebak, Tak Sangka Isteri Hadiahkan Lamborghini Aventador

Hiburan

(VIDEO) “Ingatkan Kereta Sewa”- Aeril Zafrel Sebak, Tak Sangka Isteri Hadiahkan Lamborghini Aventador

Pelakon Wawa Zainal baru-baru ini menghadiahkan suaminya Aeril Zafrel sebuah kereta mewah Lamborghini Aventador.

Menerusi video perkongsian Wawa Zainal di akaun Instagram, dia membuat satu video seakan-akan ‘prank’ terhadap Aeril Zafrel dengan menyatakan bahawa kereta berkenaan hanya disewa untuk satu hari.

Advertisement

Dalam video berkenaan, Aeril juga turut membawa Wawa bersama-sama untuk ‘test-drive’ kereta tersebut. Namun setelah selesai memandu, Wawa Zainal mengeluarkan geran kereta menunjukkan bahawa kereta itu telah pun dibeli dan dihadiahkan kepada suaminya.

Perkara tersebut membuatkan Aeril berasa sebak dan menurutnya juga, dia pernah terfikir untuk membeli kereta itu sendiri.

Menerusi ‘caption’ Wawa Zainal di Instagram, dia menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh suaminya dan hadiah berkenaan tidak setanding dengan apa yang dilakukan oleh Aeril untuk keluarganya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga netizen turut mengucapkan tahniah dan berasa bangga dengan kejayaan kedua-dua pasangan itu.

Aeril Zafrel Wawa Zainal
2 years ago

"Dari Jibril Ibtisam Kepada.." - Kerap Menangis Sejak Lahir, Wawa Dan Aeril Tukar Nama Anak Bongsu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...