Sebelum ini, pengarah yang terkenal dengan kelantangannya, Michael Ang telah menegur para netizen untuk berpada-pada dalam mengulas isu mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Seperti yang kita tahu, Najib Razak telah menerima hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Michael meminta orang ramai supaya ‘move on’ dan tidak keterlaluan mengeluarkan kata kesat terhadap Najib.
Bukan nak back up atau sokong Pak ajib but I rasa hukuman dah jatuh so biarkan la and wish him well.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respons daripada orang ramai dan rakan-rakan artis.
Tidak ketinggalan, pelakon dan usahawan jelita, Fazura juga meninggalkan komen menunjukkan emoji ‘thumbs up‘ tanda menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Michael.
Susulan itu, rata-rata netizen bagaimanapun dilihat kurang senang apabila Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memberi sokongan mengenai isu Najib.
Fazura is cancelled lol https://t.co/XG3BjrnTLr
— f ??? ck (@facktura) August 25, 2022
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.