“Tak Tahu Hujung Pangkal Senyap” – Tegur Rakyat Gembira Najib Dipenjara, Netizen Minta Ustazah Asma ‘Diam’

Hiburan

“Tak Tahu Hujung Pangkal Senyap” – Tegur Rakyat Gembira Najib Dipenjara, Netizen Minta Ustazah Asma ‘Diam’

Baru-baru ini, pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma’ Harun tampil menegur rakyat yang gembira mendengar berita bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan hukuman penjara.

Melalui hantaran video teguran yang dilakukan dalam Instagram, pendakwah itu kecewa melihat orang Islam menghina sesama sendiri di platform media sosial dengan ayat-ayat yang keterlaluan.

Advertisement

Hantaran video terbabit telah menarik perhatian ramai untuk meninggalkan reaksi mereka dan banyak portal-portal mengambilnya untuk dijadikan berita.

Melalui Facebook Gempak, pihak mereka ada memuat naik satu artikel mengenai hal berkenaan dan ada sesetengah netizen tidak bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Ustazah Asma’ mengenai hal ini.

Menurut mereka, kebanyakkan yang meluahkan rasa gembira apabila mendengar berita Najib dikenakan hukuman penjara itu sudah lama menunggu berita ini kerana itulah hukuman yang selayaknya dikenakan setelah membuat banyak kesalahan beberapa tahun lalu.

komen netizen

komen netizen

Dalam pada masa yang sama, netizen turut berpendapat Ustazah Asma’ tidak perlu membicarakan hal ini dan membentangkan isu lain kerana perkara ini agak sensitif.

Malah, mereka juga merasakan apabila dia menasihati rakyat Malaysia untuk tidak bergembira, ia seolah-olah Ustazah Asma menyebelahi Najib mengenai hal ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Najib Dipenjara Bukan Untuk Diraikan" - Fizo Omar Percaya Ada Mesej Tersirat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

7 Comments

  1. ONHOLIDAY

    August 29, 2022 at 12:05 pm

    saya seorang pengamal undang2. saya mmg gembira najib dipenjarakan, sbb bukti mmg straight forward. Kes terlampau lama dibicara sebab tactic melewat2 kan kes oleh team najib. Mahkamah pun beri najib pelbagai ruang dan peluang, tapi najib tak penuhi peluang yg diberi..dia hanya cakap2 dalam socialmedia saja, memperdaya penyokong & pembaca..berbbeza dgn kami yg dalam bidang ini boleh tgk apa yg sebenarnya dibuat najib & team, mmg byk sgt AUTA..So, yes personally saya syukur, ALHAMDULILLAH NAJIB AKHIRNYA KE PENJARA..insyaAllah dia juga most likely takkan dapat royal pardon sbb dia ada 3 kes lain yg ongoing..harapnya sabit kesalahan sbb NAJIB, his family dan org2 politik tak kira UMNO, DAP, PAS, PKR, PH ke apa parti sekalipun MMG SEMUANYA PENCURI……..TAPI, saya tak bersetuju bila netizen beri komen melampau2, bergaduh2, mengejek dan sebagainya..sekalipun suka atau marah najib dipenjara, tak perlu melampau dalam beri komen..adab sopan jgn hilang. so, saya setuju dengan ustazah ni, walaupun saya kurang gemar dgr ceramahnya.

  2. hakak

    August 26, 2022 at 11:32 am

    kali ni hakak tak setuju dgn ustazah.. kita gembira sbb akhirnya mahkamah buat keputusan yg betul.. sbb selama ni byk je kes yg berat sebelah.. ustazah tak perlu komen kot pasal hal2 berkaitan politik ni.. fokus je pada hal2 lain..

    • Sokong ustazah

      August 26, 2022 at 4:18 pm

      Hellooo.. yang ustazah tegur, ADAB. ADAB tu. Rata-rata gembira tapi siap menghina. Elok ke macam tu? Gembira tu bersyukur bila jenayah ditangani. Bersyukur macam mana? dengan menghina orang ke??? Pergi tengok dalam socmed tu, rata-rata yang tulis menghina! Elok ke? Aku tengok, mengucap panjang tau tak. bahasa masing2 macam tak ingat akhirat, ingat sikit malaikat kiri kanan mancatit apa yang kamu semua buat, waima niat sekali pun. Si Najib tu, dah jatuh hukum, malaikat kiri kanan dah catit apa dia buat. Yang orang dok tulis menghina dia dan keluarga tu, you think you are hollier than thou? Tak cukup, dengan si Najib, keluarga dia pulak kau hina. Ingat la apa tujuan dan niat kau komen semua tu, kalau niat jadi batu api, menghina orang, semoga balasan setimpal yang kau dapat.

    • Anonymous

      August 26, 2022 at 7:38 pm

      Kalau gitu ustazah ckp je laa… jaga lisan msg2. Apesal ckp jgn gembira? Kami mmh gembira. Ko xnk gembira, jgn laa join kami

  3. Anonymous

    August 26, 2022 at 9:14 am

    aku lama dh nk komen ni sejak nurul zahid up video ni kt IG

    dia mcm ni la yee…..
    kalau rakyat menang, najib kalah = rakyat tak boleh gembira
    tp kalau najib menang, rakyat kalah –> najib sure gembira jugak kan? adakah ustazah akan ckp, jgn laa najib bergembira atas kedukaan rakyat yg menghabiskan umur mereka byr hutang2 yg najib wujudkan, lps tu dia terlepas dari pertuduhan…

    aaaa~ gitu ke cemana? kalau dia gembira takpe. org lain gembira x leh?????
    lain lah kalau masyarakat gembira smpai bersorak, celebrate mcm celebrate world cup tu, tu paham laa kalau nk tegur.
    kita menarik nafas lega, walaupun negara corrupt atas smpai bawah, tp masih ada secebis keadilan ditegakkan
    mentang2 sll bergaul dgn ehemm ehemmm… terus nk back up geng2 depa

    penat wehhh puan stazah, kne tipu dgn modal2 politik menteri dan wakil rakyat
    ada baiknya puan stazah nasihatkan menteri2 yg corrupt tu
    jgn laa selective bila bg nasihat
    tang marhaen lajuuuuuu je nk nasihat
    tang menteri sebesar2 alam pnya kes pun diam x bersuara

    • Anonymous

      August 26, 2022 at 9:53 am

      Ustazah tegur sebab ramai yang gembira dengan mencaci maki. Pergila tengok dekat sosial media. Yang bergembira dengan adab, segelintir sahaja. Yang bergembira dengan kata-kata caci maki yang ramai. seolah-olah diri tu sendiri sesuci embun pagi. Perlu ke begitu sekali? Elok ke spread the hate ni? Yang ada di sosial media tu, muda-muda, sekolah, mereka tengok dan baca apa yang dewasa ni tulis. Elok ke? Siap menghina. Gembira la sebab korupsi itu ditangani, bukan gembira sehingga menghina orang. Tak perlu nak kata ustazah, pergi tengok sendiri macam mana kebnyakan orang gembira. Atau saudara sendiri yang gembira dan siap menghina?

  4. Anonymous

    August 25, 2022 at 5:55 pm

    Rakyat gembira sebab akhirnya dipenjarakan atas kesalahan2 yg dibuat. Tak dinafikan, selama dia memerintah, ada juga kebaikan yg dia telah lakukan. Yang dipersoalkan ialah cara kita meluahkan pendapat dan perasaan kita. Bukan setakat kes nie saja, secara keseluruhan, kite tak tahu menjaga adab kite biler berbicara dan sebagainya.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...