“Semasa ASGV, Perasaan Itu Datang Semula..” – Liza Hanim Terdetik Ingin Berhenti Menyanyi, ‘Struggle’ Semasa Bertanding

Hiburan

“Semasa ASGV, Perasaan Itu Datang Semula..” – Liza Hanim Terdetik Ingin Berhenti Menyanyi, ‘Struggle’ Semasa Bertanding

Pernah merasakan tidak layak meneruskan perjuangan, penyanyi Liza Hanim pernah terdetik ingin menamatkan perjalanannya sebagai seorang penyanyi disebabkan ada sesetengah pihak yang tidak percaya dengan kebolehannya lagi.

Kata penyanyi ini, meskipun pernah terlintas niat tersebut, namun kerana masih ada segelintir peminat yang setia, Liza memutuskan untuk terus menyanyi demi mereka. Baginya, mereka lah punca dirinya meneruskan kerjaya tersebut.

Advertisement

Ada momen saya rasa sudah tiba masanya untuk berhenti menjadi penyanyi tapi sebab segelintir peminat yang masih percaya, saya teruskan kerjaya penyanyi ni.

Beberapa minggu lalu ketika saya mengalami waktu yang agak mencabar semasa program ASGV, perasaan itu datang semula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

Tambahnya, semasa bertanding, perasaan ingin berhenti itu membuak semula tetapi Liza tetap mengagahkan dirinya bagi melakukan yang terbaik di final ASGV. Pada masa yang sama, dirinya juga akui meskipun mendapat kritikan negatif dari beberapa pihak, penyanyi ini hanya menganggap perkara itu sebagai satu dorongan untuk memperbaiki dirinya.

Bukan itu sahaja, Liza juga berkongsi dirinya akan mengadakan sebuah konsert sulungnya tahun hadapan yang merupakan kemuncak kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan penghibur.

Jaclyn Victor Liza Hanim
1 year ago

"Liza Hanim Pun Buat Yang Terbaik Tapi.." - Jaclyn Victor Sedar Kemenangan Dipertikai, Minta Netizen Bertenang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...