“Liza Hanim Pun Buat Yang Terbaik Tapi..” – Jaclyn Victor Sedar Kemenangan Dipertikai, Minta Netizen Bertenang

Hiburan

“Liza Hanim Pun Buat Yang Terbaik Tapi..” – Jaclyn Victor Sedar Kemenangan Dipertikai, Minta Netizen Bertenang

Penyanyi dan juga juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jaclyn Victor mengakui ramai yang mempertikaikan kemenangannya pada malam tadi.

Ini berikutan ramai netizen di media sosial menganggap bahawa penyanyi Liza Hanim lebih layak menyandang gelaran juara kerana persembahannya yang dirasakan lebih mantap.

Advertisement

Ujar Jaclyn, sudah menjadi adat sesebuah pertandingan apabila ada pihak yang menang dan sebaliknya selain memohon netizen untuk bertenang.

Saya harap peminat boleh bawa bertenang, bukan saya yang berikan markah. Saya sendiri pun berserah saja. Tapi ini rezeki dalam pertandinga.

Dalam pada itu, penyanyi itu juga berpendapat bahawa persembahan Liza Hanim sangat baik namun dirinya bukanlah  juri yang menentukan pemenang dalam ASGV.

Liza pun buat yang terbaik malam ini tapi saya tak tahu apa kriteria permarkahan juri. Saya minta maaf. Saya sayang Liza dan semua peserta yang lain.

Persembahan final ASGV malam tadi menyaksikan Jaclyn Victor membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000 berserta beberapa hadiah sampingan dan juga trofi.

Manakala tujuh peserta lain juga menerima hadiah wang tunai bernilai RM10,000 setiap seorang dan trofi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fynn Jamal
5 months ago

"Saya Tak Minat Hidup Lama-Lama, Harap Allah Ambil Juna Lekas-Lekas" - Fynn Jamal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...