Sudah lama tidak mendengar perkembangan pelawak Mamat Sepah daripada dunia hiburan tempatan.
Terbaru, isteri kepada Mamat, Diana Ibrahim ada memuat naik video pendek memaparkan suaminya itu yang kelihatan agak berlainan daripada dahulu.
View this post on Instagram
Semakin kacak dan kemas, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad,36, dilihat sedang berada di sebuah kedai makan yang tidak dapat dipastikan lokasinya di mana.
“Morning my beloved husband..” tulis Diana ringkas di bahagian kapsyen video tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial serta peminat memuji penampilan Mamat yang kini semakin baik semenjak berumah tangga.
View this post on Instagram
“Dah potong rambut dan berisi..pandai kakak polis jaga..” tulis seorang netizen.
“Dah rupa Kamal Adli dah. Mamat sepah ni kan.” sahut peminat yang lain pula.
Malah, ada juga mengambil kesempatan mendoakan agar perkahwinan yang dibina pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.
Sekadar info, Mamat Sepah dan Diana telah selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2020 yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.