Selfie Dengan Anjing, Nur Fazura Dikritik Peminat

Hiburan

Selfie Dengan Anjing, Nur Fazura Dikritik Peminat

Anjing dan umat Islam terutamanya di Malaysia adalah satu perkara taboo. Sebelum ini beberapa kontroversi seperti kempen ‘I want to touch a dog‘ dan aksi beberapa selebriti lain memegang anjing telah menjadi topik perbualan hangat. Terbaru, Nur Fazura turut sama dihimpit kontroversi gara-gara gambar selfienya dengan seekor anjing yang bernama ‘Kuning’.

fazura anjing

Advertisement

Gambar ini telah dimuatnaik oleh Fazura ketika menghadiri satu majlis amal untuk mengutip dana untuk Furry Friends Farm, sebuah badan yang menjaga kebajikan haiwan. Seperti biasa apabila ternampak anjing, maka muncullah komen-komen yang mengkritik dan mempersoalkan tindakan Fazura. Ada yang mempersoalkan ‘kenapa nak kena selfie dengan anjing?’, ‘saja nak kena bash ke?’ dan ‘tak elok dipandang dan boleh timbulkan fitnah’. fazura anjingfazura anjing

Bagi Abang Nara tak salah pun nak selfie dengan anjing. Memang jelas tak ada pegang apa pun. Lagipun anjing boleh dipegang jika kering. Malah memang event yang dihadiri oleh Fazura berkaitan dengan haiwan. Fazura juga ada jawapannya untuk peminat yang mempersoalkan tindakannya itu.
fazura anjing

Namun sebenarnya hanya segelintir/seorang dua sahaja peminat yang mempersoalkan tindakan selfie Fazura ini. Kebanyakan yang lain menyokong Fazura. Malah ramai yang mengkritik salah faham para peminat yang mempersoalkan tindakan Fazura.
fazura anjing

Ini pula gambar Fazura berselfie dengan seekor kambing.

fazura anjing

Kadangkala orang kita ini terlalu emosi apabila berkaitan dengan anjing dan babi. Mereka juga makhluk bernyawa lebih-lebih anjing yang mempunyai banyak kegunaan seperti menjaga keselamatan dan sebagainya. Hmmmm. Apa pendapat anda?

satinskinz

P.S: Ramai dah yang “terpaksa jadi cantik” selepas menggunakan Satin Skinz – Halal Natural ini. Ramai juga yang terkejut dengan keberkesannya yang mula jelas kelihatan selepas hanya 2 minggu. Ratusan pengguna amat berpuas hati dan terus jatuh cinta dengannya. Halal, suci, berbaloi dan pasti menawan. Tengok sendiri sekarang juga di FacebookSatin Skinz – Halal Natural dan Instagram satinskinz2u 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...