Kumpulan Dolla menjadi artis ketiga dari negara ini selepas Yuna dan Layla Sania yang muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat, semalam.
Ketika dihubungi oleh pihak mStar, kumpulan yang dianggotai oleh empat penyanyi jelita iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel berasa amat teruja serta bangga dengan pencapaian yang dimiliki oleh mereka ini.
Alhamdulillah, kami gembira dan berasa bangga sangat lebih-lebih lagi kami artis ketiga dari Malaysia yang dapat peluang ini. Kalau tak COVID-19, kami dah ke sana ambil gambar.
View this post on Instagram
Difahamkan, penampilan Dolla itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify dan terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara, di mana Dolla sebagai wajah hadapan adalah wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Dalam pada itu, apabila ditanyakan tentang perkembangan terbaru kumpulan tersebut, Sabronzo berkata sekarang ini mereka sedang menghitung hari untuk melancarkan single terbaharu mereka iaitu berjudul Berani pada Jumaat ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.