Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Kisah Orang Nak Gelar ‘Kayu’, Dolla Gembira Kisah Hidup Diterjermah Bentuk Telefilem

Meskipun baru setahun jagung terlibat dalam industri hiburan tempatan, kumpulan penyanyi wanita, Dolla nampaknya menyinar lagi apabila mereka bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Dolla Watch Me Glow, tidak lama lagi.

Difahamkan telefilem terbitan Astro dan Zeel Production itu berkisarkan mengenai kisah hidup penyanyi kumpulan Dolla ini yang terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by DOLLA (@dolla.official)

Ujar salah seorang penyanyi kumpulan tersebut, Sabronzo, dia dan ahli yang lain sama sekali tidak menyangka apabila ditawarkan untuk berlakon dalam telefilem itu.

“Apabila pihak Universal Musiz (syarikat rakaman) memaklumkan mengenai tawaran Astro, kami sangat terkejut. Bukan apa, jika hendak dibandingkan dengan kumpulan atau penyanyi lain, kami masih terlalu hijau dan kerdil. Lagipun kami masih belum mempunyai sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan. Bagaimanapun kami tetap berbangga sekurangnya ada pihak yang mengiktiraf bakat kami.”

Jelas Sabronzo lagi, pengalaman pertama berlakon sememangnya agak kekok kerana mereka semua tidak pernah berlakon secara serius sebelum ini.

Advertisement

Namun, hasil tunjuk ajar daripada syarikat produksi dan rakan artis yang lain, mereka semakin baik dari segi mutu lakonan dan dapat menghayati watak masing-masing.

Dalam pada itu, kumpulan Dolla juga katanya sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kritikan penonton apabila ianya ditayangkan kelak.

“Kami sudah bersedia dikritik dan tidak kisah jika ada yang mengatakan kami kayu selepas menonton lakonan pertama kami..” kata Sabronzo lagi.

DollaSumber : mStar Online  

Telefilem Dolla Watch Me Glow itu mengisahkan hampir 70 peratus kisah hidup anggota kumpulan itu dan turut dibintangi pelakon lain seperti Fauziah Nawi,Angeline Tan, Aniq Suhair, Azwan Ali, Catriona Ross dan ramai lagi.

Ianya bakal ditayangkan jam 9 malam esok menerusi saluran Astro Citra, dan Astro Citra HD.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. joyah

    May 21, 2021 at 2:47 pm

    seksi mcm ni yg korg nk bg belakon?? acah2 kpop. acah2 lisa blavkpink tp muka belacan

  2. beeeeeeeeeeeeeenciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    May 21, 2021 at 2:22 pm

    kumpulan wanita paling meher dan bida!!!! bida!! bida!!!! bida!!! bida!! bida dan juga bodoh!!! low classssssss!!! sejenis sampah macam Lizzy pelacur!!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top