July 20th, 2016

Gagal mempertahankan rumah tangga yang dibina sehingga terpaksa bercerai hanya tidak sampai setahun, membuatkan Elly Mazlein serik untuk berkahwin lagi.

Namun, Elly tidak merungut dengan apa yang berlaku dan menganggap apa yang sudah berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

Atas apa yang telah terjadi, saya memang sudah tidak percaya dengan lelaki. Namun apa yang terjadi ini ada hikmah buat diri saya agar lebih berhati-hati selepas ini.

Berbicara soal jodoh pula, Elly buat masa ini lebih selesa hidup sendirian dan mahu memberikan seratus peratus fokus kepada anaknya Putri Sara Sefhia.

Pada masa yang sama, Elly berharap bekas suaminya pengarah Azmi Hatta tidak melupakan tanggungjawab  terhadap anaknya meskipun mereka berdua bukan lagi suami isteri.

Elly Mazlein dan Azmi Hatta mendirikan rumah tangga pada 9 Novemver 2014 dan bercerai ketika Elly sedang hamil 5 bulan.

Bukan mudah untuk merawat hati yang terluka. Tidak mengapa Elly, yang penting Sefhia masih dapat merasai kasih sayang kedua ibu bapanya dengan baik. Soal jodoh, mungkin satu hari nanti Elly akan dipertemukan dengan lelaki yang betul-betul sesuai dengan diri anda.

Sumber Berita : Media Hiburan


Comments are closed.

Loading...