Selebriti Berhijrah Perlu Patuh 3 Perkara – Datuk Nooh Gadut

Hiburan

Selebriti Berhijrah Perlu Patuh 3 Perkara – Datuk Nooh Gadut

Penghijrahan selebriti-selebriti kebelakangan ini sememangnya satu perkara yang amat memberangsangkan dan harus diberi pujian. Dengan jutaan peminatmereka, sedikit sebanyak pasti ada impak positif apabila selebriti seperti Amy Mastura, Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Ziana Zain mengambil keputusan untuk bertudung serta menutup aurat sepenuhnya. Namun seperti yang kita sedia maklum, timbul beberapa kontroversi apabila Ziana Zain memakai pakaian ketat di Cannes, Che Ta memakai legging seperti warna kulit sehingga menyebabkan orang ramai mengkritik mereka.

ziana zain

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut telah tampil memberikan 3 garis panduan untuk diikuti oleh para selebriti yang telah berhijrah ini. Kata Datuk Nooh:-

Sewajarnya kita patut beri ucapan tahniah dan perghargaan kepada mereka kerana tranformasi serta penghijrahan dilakukan tetapi semua pihak harus mengambil perhatian bahawa aurat ini bukan sekadar menutup sahaja.

Mereka juga harus memastikan bahawa pakaian yang dipakai tidak ketat dan jarang sehinggakan ia boleh menampakan susuk serta bentuk tubuh badan sesorang kerana ini akan menjadikan orang ghairah apabila melihat

nohIni adalah satu garis panduan yang amat bagus dan bukan sahaja perlu diapplikasikan oleh para selebriti, tetapi kita selaku orang awam. Bertudung bukan bermakna boleh pakai baju ketat-ketat sehingga menampakkan susuk badan. Apa pun, Abang Nara suka membaca kata-kata Datuk Nooh Gadut yang penuh berhemah. Tambahnya lagi:-

Kita juga harus melihat bukan senang untuk seseorang melakukan sesuatu perubahan dan beri masa kepada mereka berubah secara berperingkat kerana rahmat Allah amat besar kepada orang yang telah berubah.

Saya berharap kepada yang yang dah berhijrah agar jangan putus asa dalam memperbaiki diri pada masa hadapan dan sentiasa istiqamah dalam menutup aurat.

Sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi ikutan ramai justeru teruskanlah melakukan perubahan secara berperingkat

che ta

Secara jujur, kadangkala apabila membaca komen para peminat yang mengkritik selebriti di laman sosial mereka, memang terkejut juga diri ini dibuatnya. Kata-kata yang digunakan amat kasar, kesat dan menghina. Abang Nara yang tak ada kaitan pun boleh sakit hati membacanya, inikan pula empunya badan yang dikritik. Kadangkala akibat kritikan melampau ini, selebriti rasa sakit hati dan mempersoalkan keputusan mereka untuk berhijrah. Jadi kalau nak kritik tue boleh, tapi gunakanlah ayat yang betul dan berhemah. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

promo

P.S: “Dah nak bersalin, photographer hantar album kat labour room. Anak dah masuk tadika baru dapat tengok gambar kahwin. Call photographer, photographer dah lari Burma. Mak mertua asyik menjeling anda sebab tak dapat tengok gambar dia karoks masa hari perkahwinan anda”. Elakkan semua ini berlaku kepada anda. Gunakanlah khidmat Ryaniez Moments Photography yang akan memastkan anda tersenyum mendapat album kahwin dalam tempoh 6 minggu sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...