Berita dari negara jiran yang sangat menyedihkan apabila mayat bayi berusia lima bulan ditemui di dalam rumah dalam keadaan yang tidak terbayang dek akal.
Perkara tersebut terbongkar apabila nenek kepada bayi berkenaan terhidu bau yang amat busuk di dalam rumah itu dan segera membuat laporan kepada orang kampung sebelum menemui mayat cucunya yang sudah mereput di dalam rumah terbabit.
Difahamkan dari portal Suara, ibu bapa bayi terbabit telah meninggalkan anaknya dalam keadaan seperti itu semata ingin menghadiri gathering bersama rakan-rakan di luar bandar.
Setelah pihak hospital melakukan bedah siasat terhadap mayat bayi malang itu, didapati bayi berkenaan telah menjadi mangsa pukul oleh ibunya kerana banyak kesan lebam di bahagian badan mayat tersebut.
Kesan-kesan lebam itu memenuhi bahagian kepala hingga ke punggun serta difahamkan juga, mangsa dipukul setiap hari oleh ibu bapanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.