Seorang pengamal perubatan bergelar doktro di India mendakwa bahawa najis dan air kencing lembu mempunyai manfaat dalam perubatan.
Tular sebuah video yang memaparkan doktor tersebut yang dikenali sebagai Dr Manoj Mittal dilihat bersahaja mengunyah najis lembu.
Ujarnya, najis lembu mempunyai manfaat dalam menghindarkan pelbagai penyakit serius malah menggalakkan kaum wanita agar mengamalkan pengambilan najis haiwan tersebut bagi memudahkan proses bersalin.
Manakala menerusi carian di Twitter, lelaki itu difahamkan mempunyai kelulusan dalam bidang kedoktoran dan juga seorang pakar kanak-kanak.
Berikutan tersebarnya video tersebut, timbul pula perdebatan dalam kalangan netizen dan ada juga yang tampil mempersoalkan kelulusan lelaki itu sebagai seorang doktor.
Meet Karnal doctor Manoj Mittal who claims that eating cow dung and drinking cow urine helps in normal delivery. Is it so? Watch and find out.#NewsMo #CowUrine #CowDung #Haryana #Karnal #Doctor #Pregnancy #ITVertical pic.twitter.com/VPoBPeMhzg
— IndiaToday (@IndiaToday) November 19, 2021