“Dah Macam Harga Kereta Axia!” Tular Resit Harga Rawatan Perubatan Tradisional Bernilai RM32,800

Kehidupan

“Dah Macam Harga Kereta Axia!” Tular Resit Harga Rawatan Perubatan Tradisional Bernilai RM32,800

Semalam, tular di media sosial berkenaan sekeping resit yang memaparkan kos perubatan Islam yang berjumlah RM32,800.

Ia sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-ratanya tidak boleh menerima dan terkejut dengan harga yang melampaui batas itu.

Advertisement

Menerusi maklumat dalam resit tersebut, pesakit difahamkan telah pergi mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam tersebut untuk tujuan mengimbas penyakit.

Pesakit itu turut menerima rawatan penyakit berkaitan ilmu hitam seperti santau patung berjasad dan mandian sunnah tutup ubat yang masing-masing berharga ratusan dan ribuan ringgit.

Advertisement

Malah, rawatan kesihatan umum seperti masalah kencing manis, urat saraf dan pinggang bengkak turut dikenakan bayaran sehingga mencecah RM10,000!

ResitSumber : Twitter 

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial menyifatkan pusat perubatan Islam itu telah mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain berikutan kos rawatan yang tidak masuk akal itu.

Bermodalkan ayat suci, dapat rantai tangan emas satu, dapat duit. Padahal ilmu itu dia dapat dari Al-Quran, lepas tu jual dalam bentuk perubatan Islam.

Selain itu, ada juga yang beranggapan bahawa masalah kesihatan sepatutunya dirujuk di klinik atau hospital kerajaan kerana pakar perubatan lebih arif mengenai perkara itu.

“Kalau penyakit santau tu fahamlah pergi ke pusat perubatan Islam. Lain-lain masalah kesihatan yang kencing manis semua, pergi kliniklah. Sanggup habis beribu macam harga Axia!” luah seorang netizen di Facebook.

Anda ada pengalaman mendapatkan rawatan perubatan dan dikenakan bayaran tidak masuk akal? Kongsikan kepada kami di bahagian komen!

Roti Gardenia
3 minggu lalu

Bertambah Selera, Gardenia Lancar Dua Perisa Baru Black Forest Dan Karamel Masin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

6 Comments

  1. darul shaiton

    November 19, 2021 at 5:23 pm

    kerajaan patut dah lama haram kan benda merepek ni…makin banyak pulak tu darul A lah darul B lah macam2 nama

  2. anonymous

    November 19, 2021 at 5:20 pm

    ni bomoh kayangan bukan macam bomoh mak itam yg tinggal di ujung kampung

  3. Penonggeng Agama Melayus

    November 19, 2021 at 2:27 pm

    org melayu mmg suka benda2 cmni.
    doktor taknak percaya, tp ubat cmni caya.
    bayar smpi 30k. sekali sakit jugak. rugi je.

    terima kasih bagi penunggeng agama kayaaa

  4. Anonymous

    November 19, 2021 at 2:04 pm

    Yup pernah berubat. Pertama ditanya kita kerja apa..gaji berapa jd boleh di Scam byk sikit kalau bagus. Mereka ni sebenarnya mengubat org sbb nak uji betul ke kuasa guru mereka yg dianggap tuhan tu sangat hebat..org sakit boleh sihat tak. Tapi yg kasihan org yg betul2 keresahan/sakit nak berubat. Mmg tak da apa2 ubat…betul2 air kosong. Ada lah dua tiga bahan tu nak yakinkan hati org berubat… Sbnarnya letaklah sabun ke. Kipas ke, beras ke boleh je… Itu atas kita nak percaya berapa peratus boleh sembuh (ILMU YAKIN). Last2 majority org yg berubat semuanya move on usaha cara lain pulak…horoskop metafizik yg korang tak percaya tu sbnarnya kalau stdy mmg boleh baca org even huruf2 nama org ada terkandung karekter kita…kita semua boleh baca orang. Cuma kita tak study. Tapi mcmana mereka tahu untung nasib kita, tetap mereka tak boleh ubah apa yg dah ditakdirkan utk kita…jadi pasrah saja mostly tekanan hidup.. Kecuali sakit yg nampak kanser, tumor..pegilah hospital.

    • Anon

      November 20, 2021 at 10:24 am

      Susah nak detect kecuali orang yg ada ilmu mcm tu jgk boleh detect. Mereka2 ni menyelit diri didalam agama berakar umbi dari zaman nabi adam lg. Sbb tu upacara keagamaan mereka sama mcm yahudi, christian, buddhist, hindu, pagan, zoroastrian pendek kata semua agama, etc etc guru mereka itu ibarat tuhan/raja dibumi jd mereka sujud pada guru mereka dlm tempat2 tertentu yg org luar tak nampak…. Pada saya tak ada agama pun org masih boleh hidup janji mesti terap nilai2 murni, moral, adab.. Yg dicakap yakjud makjud/iblis tu adalah manusia juga sebenarnya itu kiasan. Tgk manusia yg tak sudah2 mengorek/menutup tanah merosakkan bumi…. Manusia adalah haiwan yg paling byk membuat kerosakan pada bumi berbanding haiwan lain walaupun diberikan akal. Manusia perlu dikawal jumlah pembiakkannya atas muka bumi ini.

  5. Anon

    November 19, 2021 at 1:44 pm

    Perubatan islam/ perubatan traditional/ spiritual ni sebenarnya lebih kurang ILmu Psikology apa yg anda fikir, yakin. Mereka ni bergantung penuh pada kuasa guru mereka. Padahal guru mereka pun tak da kuasa apa2 melainkan manusia biasa. Ni lebih kurang mcm tarekat tassawuf. Tu sebabnya bila pegi berubat, bila mereka ni ckp ada itu ini..secara tiba2 kita rasa datang perasaan takut, ragu2 dan terus beri dan beri kadang tanpa sedar kehormatan diri pun beri sbb saiko dari mereka. Dan mereka terus mengasak (psaiko) sampai kamu join kumpulan mereka dan terus mengikis sampai kering. Pelajarannya, jauhkan mereka2 ini kerana hidup ni pun dah cukup susah..dan mereka menambah menyusahkan lagi..manusia bila yg belum kenal org2 kumpulan agama mcm tu digelar syaitan atau jin. Tu sbb bila berubat ckp kita ada jin 30 ekor, syaitan sejuta ekor bla bla…hakikatnya kita terima je penyakit kita…pasrah itu je. Xpyh cari perubatan2 mcm tu…kita ubah perangai jd baik itu je..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...