Apabila kita menerima satu berita kematian, kebiasaannya kita akan mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat buat ahli keluarga si mati sebagai pendorong mereka untuk meneruskan hidup.
Namun, tular pula di media sosial Twitter mengenai sikap dan adab sesetengah orang yang tidak mempunyai simpati kerana tergamak meminta pakaian bayi yang baru sahaja meninggal dunia daripada keluarga si mati.
Orang tu anak baru meninggal, kau rilek je mesej mintak baju. pic.twitter.com/cjJsoK8ZeX
— Amende Sial? (@amende_sial) September 16, 2022
Awak kalau ada baju anak awak yang awak nak buang boleh bagi saya ya. Saya akan bersalin bulan 2/23 nanti. Terima kasih awak.
Tangkap layar permintaan individu tersebut telah dimuat naik di Twitter dan kemudiannya menjadi bahan bualan netizen di platform tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai tampil mengecam individu berkenaan yang dikatakan tidak menghormati perasaan ibu bapa si mati.
Malah, ada juga pengguna aplikasi itu yang mengalami situasi yang sama apabila menerima soalan serupa seperti dalam tangkap layar perbuatan itu.
Aku anak meninggal sembilan bulan, bulan lepas. Dua minggu pantang, orang mesej macam nilah minta baju anak aku. Allahuakbar, hilang anak ni perit weh. Bukan sehari dua nak hilang rasa sakit tu.
Netizen juga berharap agar orang ramai lebih cakna dan mempelajari adab kerana ia melibatkan emosi orang lain yang mungkin terkesan apabila menghadapi situasi-situasi menyedihkan seperti ini.