“Dia Ex-Bf Saya” – Siap Cium Tangan Pengantin Lelaki Di Majlis Sanding, Wanita Dikecam Netizen

Kehidupan

“Dia Ex-Bf Saya” – Siap Cium Tangan Pengantin Lelaki Di Majlis Sanding, Wanita Dikecam Netizen

Tular di media sosial TikTok hari ini apabila sebuah video memaparkan seorang wanita telah hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya itu atas jemputan.

Video itu kemudian menjadi bahan bualan netizen apabila wanita yang dikenali sebagai Zira Hazmi itu dilihat naik ke atas pelamin dan bersalaman dan membiarkan tangannya dicium pengantin lelaki.

Advertisement

Meskipun ada yang mengecam, Zira yang ditemui mStar Online memaklumkan bahawa kedua-dua pasangan pengantin menjemputnya hadir ke majlis berkenaan.

Saya dapat kad jemputan daripada dia (bekas kekasih). Masa baca kad itu saya rasa tenang, gembira dan reda. Waktu tu saya cuma fikir orang yang saya sayang sebelum ni dah jumpa kebahagian dia.

Cerita Zira, ketika masih menjadi pasangan kekasih dengan pengantin lelaki tersebut, mereka berdua sememangnya tidak serasi dan asyik bergaduh kerana salah faham sebelum keduanya memutuskan untuk mengakhiri hubungan dengan cara yang baik dan matang.

Jelasnya, setelah berpisah, mereka berdua tidak berhubung selama setahun sebelum berkomunikasi semula atas urusan kerja.

zira Sumber : mStar  

Mengulas mengenai insiden pengantin lelaki mencium tangannya ketika di atas pelamin, Zira berkata perkara tersebut tidak patut dijadikan isu kerana kedua-duanya telah mempunyai kehidupan masing-maisng.

Isteri dia memang kenal saya. Dia tahu cerita mengenai kami sebelum ni jadi tak ada masalah pun. Masalah cemburu tu dah tak ada antara kami sebab kami memang sudah jadi kawan.

Walaupun sudah lama berpisah, Zira masih ‘single’ sehingga ke hari ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita baling botol pada rider
2 bulan lalu

(VIDEO) “Nak Niaga Ke Nak Gaduh” - Wanita Baling Botol Kaca Dekat Rider, Tak Tahan Didesak Order Lambat Siap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. tecit

    September 22, 2022 at 11:34 am

    hoi bangang. jgn jadikan berpegangan tangan dgn org bukan muhrim tu benda normal. please dont normalise dose la bangang. dedua pon bangang. bini lg bangang. klu aku aku dah blah dr pelamin tu. memalukan

  2. Anonymous

    September 20, 2022 at 1:54 pm

    bodo piang.. bertudung tp xtau adap islam
    kalu dh x ke kwn ke ko mn leh salam2.. amek bidio pehtu viralkn tunjukkn ke bodohan n ketidak maluan

  3. Anonymous

    September 18, 2022 at 7:20 am

    desperate nk mntk like

  4. Anonymous

    September 17, 2022 at 10:03 am

    Tolong jangan jadikan ini trend semata2 utk content macam di Indo. Tiada manfaat sebaliknya boleh bawa kpd kehancuran rumahtangga yg baru nak bina

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...