“Selamat Tinggal Didi, Nana & Jojo..” Pengasas Didi & Friends, Sinan Ismail Tinggalkan Digital Durian

Hiburan

“Selamat Tinggal Didi, Nana & Jojo..” Pengasas Didi & Friends, Sinan Ismail Tinggalkan Digital Durian

Semalam, pengasas rancangan siri animasi kanak-kanak terkenal Didi & Friends, Sinan Ismail ada mengumumkan telah meninggalkan syarikat Digital Durian.

Bekas CEO dan pengasas bersama Digital Durian itu memaklumkan bahawa hak milik animasi tersebut telah dipindahkan kepada Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian yang merupakan rakan pengasas bersama di mana dia akan menubuhkan syarikat baharu.

Advertisement

Berita pengunduran tersebut telah dimaklumkan Sinan menerusi sebuah hantaran di Facebook yang turut mencoretkan jerit perih serta jatuh bangun dalam menubuhkan syarikat yang terbentuk sejak tahun 2008 itu.

Kongsi Sinan, terlalu banyak cabaran dan halangan ditempuhi Digital Durian sebelum menempa kejayaan menerusi siri animasi kegemaran kanak-kanak itu.

Digital Durian yang bermula sebagai perkhidmatan multimedia sebelum memasuki industri animasi itu pernah menjalankan perkhidmatan berkaitan perkahwinan seperti fotografi dan video.

 

Pernah beberapa kali gagal ketika fasa awal penubuhan watak kartun Didi & Friends, Sinan berkata dia pernah menghantar animasi tersebut ke Singapura untuk dijual di negara itu.

Perkongsian Sinan itu ternyata telah mengundang sebak terutamanya dalam kalangan penggemar animasi itu dan tidak ketinggalan buat mereka yang bergelar ibu bapa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sedih dan sebak serta mengucapkan terima kasih kepada Sinan kerana telah meninggalkan impak yang cukup besar buat anak-anak mereka.

Selamat maju jaya diucapkan buat Sinan Ismail!

Fazley Yaakob
2 years ago

Emosi Terkenangkan Anak-Anak, Fazley Mohon Maaf Persembahan Tidak Memuaskan Hati Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...