Pelakon dan penyanyi jelita, Bunga Citra Lestari dilihat menyampaikan ucapan selamat hari lahir buat arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang ke-45 tahun.
Tidak pernah gagal menitipkan rasa kasih meskipun kehilangan Ashraf sejak 4 tahun lalu, Bunga juga seakan meluahkan rasa rindu terhadap suaminya itu kerana telah memberikan momen paling bahagia ketika mereka masih bersama.
Happy birthday in heaven, saya rasa terlalu banyak yang saya mahu bahaskan, katakan dan ceritakan tapi saya tidak tahu bagaimana.
Apapun ia, saya ingin ucapkan terima kasih. Terima kasih untuk semua momen bahagia, untuk semua perjuangan yang kita lalui, suka duka, gelak tawa dan air mata yang kita kongsi. Terima kasih untuk semua kenangan yang kita lalui bersama.
Kamu begitu bermakna untuk saya dan semua orang yang menyayangi kamu. Have a wonderful celebration there. I miss you.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut meninggalkan ucapan doa buat Ashraf agar sentiasa tenang di sana.
Sekadar info, pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 di Jakarta, Indonesia akibat serangan jantung.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.