Nama Kena ‘Petik’ Bakal Disaman Abang Bas, Uyaina Arshad Tenang – “Tak Sedih Pun, Ramai Lagi Orang Yang Waras Dan Bijak”

Hiburan

Nama Kena ‘Petik’ Bakal Disaman Abang Bas, Uyaina Arshad Tenang – “Tak Sedih Pun, Ramai Lagi Orang Yang Waras Dan Bijak”

Pelakon dan personaliti TV, Uyaina Arshad kekal tenang meskipun namanya disebut-sebut netizen sebagai selebriti yang bakal disaman keluarga ‘Abang Bas’.

Sebelum ini, peguam mewakili Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar memaklumkan pihak mereka bakal menyaman selebriti dan orang yang menghentam keterlaluan gara-gara kes yang dihadapi anak guamnya sebelum ini.

Advertisement

Berikutan itu, akaun Instagram Uyaina diserang sesetenah netizen namun diabaikan pelakon itu.

Kata Uyaina, dia tidak bersedih dengan kecaman yang diterimanya kerana masih ramai yang memahami niat dalam memberikan kesedaran terhadap masyarakat.

Memang kasihan dekat keluarga dia (abang bas). Tapi itulah benda pun dah jadi. Biarlah mahkamah yang menentukan dan apa yang berlaku ini jadikan pengajaran.

Disebabkan itu kita perlu mendidik mereka (netizen) walaupun kena kecam siap nak saman. Tak sedih pun sebab ramai lagi netizen yang waras, bijak dan faham konteks. Saya tidak akan berhenti berkongsi ilmu. Terima kasih untuk kata-kata yang baik dari anda.

Terdahulu, seorang pemandu bas berusia awal 20-an telah didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan dan telah dibebaskan dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000 hasil kutipan dana awam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abang bas mahu saman balik
3 weeks ago

"Pecahlah Mana-Mana Tabung, Kira Siap-Siap" - Teruk Dihina, Keluarga Abang Bas Mahu Saman Selebriti & Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...