Menerusi Instagram, doktor yang juga seorang personaliti TV serta influencer, Say Shazril berkongsi pendapat dan tips untuk membezakan wanita asli dan transeksual.
Tips itu diberikan selepas ada seorang pengikutnya bertanyakan hal tersebut melalui ruangan komen di gambarnya baru-baru ini.
Nak tanya ni, cara beza perempuan ori dengan convert (pada) bahu dan rahang dia kan doktor?”
BACA: “Suka Tutup Telinga Walaupun Tak Bising” – Dr Say Minta Ibu Bapa Peka Tanda Anak Autisme
Kata Dr Say, dia berfikir panjang untuk memikirkan sama ada mahu menjawab soalan tersebut atau tidak. Namun, dia akhirnya memberikan penjelasan dengan membalas komen tersebut.
Mengulas lanjut, dia berkata struktur badan transeksual memang boleh nampak ‘kejantanannya’ selain berpendapat golongan ini mempunyai cara berjalan dan body language seolah-olah mereka adalah wanita.
Struktur badan tu kalau yang tak ori memang boleh nampak kejantanannya dan dia melebih-lebih sikit nak tunjuk kewanitaannya.”
Akuinya, selepas mempunyai banyak pengalaman hidup dia kini sudah boleh membezakan jika seseorang itu benar-benar wanita atau transeksual hanya dengan sekali pandang sahaja.
Individu yang bertanyakan soalan tersebut kepadanya dilihat membalas semula penjelasan Dr Say dan mengucapkan terima kasih kerana sudi luang masa untuk menjawab.