Doktor selebriti popular, Dr Say Shazril memohon ibu bapa peka dengan perkembangan anak-anak.
Menurut Dr Say atau nama lengkapnya Shazril Shaharuddin, sebelum anak sulungnya, Aezreil atau lebih mesra dipanggil Ace disahkan mengalami gangguan perkembangan neuro atau mild autism, anaknya itu telah menunjukkan beberapa tanda.
Hati kecil saya masih berharap yang Ace is normal akan tetapi lepas baca-baca patutlah dulu Ace suka tutup telinga walaupun tak bising. Patutlah dia guna mulut nak bukak penutup botol.
Tambah Dr say, anaknya juga memilih dalam bab makanan yang hanya mahu makan mee atau pasta sahaja. Dia turut akui menjaga Ace semasa baby berbeza kesukarannya daripada menjaga anak keduanya, Sefriel.
Saya teramat bersyukur dikurniakan seorang isteri yang peka akan kelainan Ace pada awal-awal dulu dan ambil tindakan mengenainya dengan melakukan terapi awal, kalau tak mungkin Ace tidak seperti sekarang.
Terdahulu, Dr Say tampil berkongsi kisah perkembangan anak pertamanya Aezriel yang disahkan menghidap mild autism.
Dr Say telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Dr Azura Abbas pada 30 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu, Aezreil dan Sefriel.
Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel yang trending pada pautan di bawah.
Anonymous
November 15, 2021 at 6:52 pm
saya pun waktu mula² tau anak ade mild autism pon sy xboleh terima…berminggu menangis tp husband sy tetap positif bg semangat kt sy utk terima…waktu kecik dia paling senang nk dijaga,xbyk ragam,menangis pon jarang…dpt tau ade mild sbb 3tahun still xberckp….tp skrg sy dah redha dan boleh terima…skrg dah tak berhenti bercakap,nyanyi²…sejak dia lahir sampai sekarang, rezeki kami sekeluarga berganda…moga jadi asbab bawa kami ke syurga