Pelakon jelita, Rozita Che Wan berkongsi pendapat mengenai isu ‘bermesraan’ di set penggambaran hanya semata-mata ingin mencipta keserasian dan ‘chemistry’.
Che Ta letak ‘sempadan’ ketika di set penggambaran
Ujar Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, dia lebih selesa meletakkan sempadan dengan pelakon lelaki yang bergelar suami orang ketika bekerja.
Waktu saya masuk industri lakonan, saya berstatus janda. Jika berlakon dengan suami orang, saya tidak akan berbual sangat di set penggambaran.
Katanya lagi, kisah kecurangan dan aktiviti penyondolan ini lazim dilakukan oleh orang yang paling rapat dan akrab sekaligus cenderung menjadi pihak ketiga dalam sesebuah rumah tangga.
Selalunya, wanita yang akan menyakiti hati wanita lain. Kebanyakan orang yang rapat dengan kita akan rampas hak kita kerana mereka tahu kehidupan, kebaikan dan harta suami kita.
Kisah curang selalunya dilakukan orang terdekat
Berikutan itu, Che Ta memilih untuk tidak memiliki sebarang teman wanita dalam hidupnya.
Dalam hal curang, lelaki dan perempuan kedua-duanya salah. Saya setuju kalau warganet nak boikot penyondol.
Che Ta berkata demikian ketika ditemui media untuk majlis Grand Iftar GNI Pharma Sdn Bhd di hotel Grand Hyatt pada Isnin lalu.
Tular sebelum ini mengenai kisah dua pelakon yang ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Kisah itu kemudiannya menjadi punca seorang selebriti mengambil keputusan untuk memfailkan permohonan cerai secara ekspress terhadap suaminya itu setelah beberapa kali ‘kantoi’ melakukan hal yang sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah,