“Buatlah, Walaupun Merangkak..” – Lisa Surihani Kongsi Tips Kekal Istiqamah Dalam Perjalanan ‘Hijrah’

Hiburan

“Buatlah, Walaupun Merangkak..” – Lisa Surihani Kongsi Tips Kekal Istiqamah Dalam Perjalanan ‘Hijrah’

Pelakon dan personaliti TV, Lisa Surihani baru-baru ini ada berkongsi tips untuk kekal istiqamah dalam hijrah diri menjadi lebih baik di sisi Allah S.W.T.

Perkongsian pelakon filem Istanbul Aku Datang itu kemudiannya dikongsi di platform media sosial TikTok dan telah menjadi sorotan netizen di media sosial.

Advertisement

Lisa Surihani berkongsi tips istiqamah dalam hijrah

Dalam video tersebut, Lisa berkongsi tips dan rahsia yang diamalkannya untuk kekal istiqamah.

Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala.

Kongsinya lagi, untuk sentiasa berterusan melakukan amalan sunnah misalnya, seseorang itu perlu berada di persekitaran yang baik dan menggalakkan untuk mendekatkan diri ke jalan Allah.

Pilih persekitaran yang baik

Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Antara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terinspirasi dengan perkongsian Lisa Surihani dan turut mendoakan agar isteri kepada penyanyi dan komposer Yusri Abd Halim ini terus istiqamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuibb kk mart
1 month ago

Isu Stokin Kalimah Allah, Shuib Sedia Undur Diri Jadi Duta KK Mart - "Saya Percaya Rezeki Allah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...