Bintang drama bersiri Layangan Putus, Anya Geraldine mendedahkan bahawa dia sering diingatkan mengenai seksa kubur oleh ibunya.
Ini berikutan Anya sering saja memuat naik foto seksi di media sosial Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Difahamkan juga, ibu Anya merupakan seorang individu yang taat pada agama dan turut mengikuti akaun Instagram miliknya.
Begini, ibu saya antara individu yang mengikuti akaun Instagram saya. Jadi, saya tak sampai hati nak menyekat akaun dia dan pastinya dia lihat juga apa yang saya kongsikan.
Ibu saya juga bertudung, sangat taat pada agama Islam. Kalau contohnya saya balik dari Bali dan ada berkongsi foto bikini atau apa, dia selalu WhatsApp saya.
Kata Anya, ibunya sering menghantar pesanan WhatsApp mengenai seksa kubur dan kadang-kadang video ceramah Ustaz Khalid Basalamah kepadanya.
“Apa-apa saja dia akan forward saja..” ujarnya lagi ketika ditemu bual oleh Keanu Agl dalam saluran YouTube Waw Entertainment.
Terdahulu, nama Anya Geraldine menjadi bualan ramai selepas dia membintangi drama bersiri Layangan Putus bergandingan dengan Reza Rahadian.