Apabila berada di mana-mana fasiliti kesihatan, sudah semestinya kita perlu sentiasa peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling.
Apatah lagi kita ada golongan yang perlu diutamakan seperti warga emas, golongan kelainan upaya (OKU) dan ibu mengandung.
Tular sebuah video di TikTok ini yang mempamerkan beberapa lelaki tidak mengendahkan ibu mengandung yang memerlukan tempat duduk.
Menerusi rakaman itu, seorang lelaki malah turut dilihat seperti sedang tidur sementara seorang wanita yang sarat mengandung dilihat sedang berdiri.
Video tersebut mendapat perhatian warganet di aplikasi itu dan ramai turut memberikan komen masing-masing tentang situasi yang boleh dikatakan seperti sudah biasa di Malaysia ini.
Ada yang mengkritik tindakan lelaki sebegitu tetapi ada juga yang berkata jika tiada apa-apa eloklah suami hanya tunggu di dalam kereta.
Segelintir netizen berkata sebaiknya jika situasi ini berlaku di depan mata, terus sahaja tegur individu terbabit daripada merakam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Anonymous
August 9, 2022 at 7:30 am
Pegi jer la tegur… aku rsa diaorg bagi jer seat tu. Kekdg mmg tak perasaan tmbh2 tgh mngantuk boring tggu bini. Sbb tu byk keadaan tk berubah…. bnda bole settle immediately tp korang ambk masa tuk post & tegur kt socmed