Selalu Nampak Bila Masuk Farmasi, Dah Cuba Sendiri Eucerin Spotless Brightening Baru Percaya

Branded

Selalu Nampak Bila Masuk Farmasi, Dah Cuba Sendiri Eucerin Spotless Brightening Baru Percaya

Semakin maju teknologi dan inovasi sekarang, semakin banyak produk kecantikan dengan pelbagai kandungan baru dipasarkan. Anda mesti biasa masuk farmasi dan terlihat deretan jenama kecantikan penuh premis sampaikan pening nak pilih yang mana.

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum
4 bulan lalu

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum Bantu Kulit Wajah Bebas Bintik Hitam

Tapi mana satu yang patut dicuba sekiranya anda mempunyai masalah kulit kusam dan tona tak sekata? Psttt… mungkin Eucerin Spotless Brightening Day & Night Fluid merupakan jawapan yang dicari selama ini?

eucerin spotless brightening

Thiamidol jadi pembantu

Dengan bantuan 10 kali pencerahan Thiamidol, Eucerin menghasilkan pelembap muka siang dan malam ini bagi melawan masalah kulit nampak tidak berseri selain menjadikan tona kulit sekata.

Pasti anda tak pernah dengar mengenainya kan? Thiamidol berkesan untuk mengurangkan proses penghasilan melanin dalam kulit anda sekaligus membuatkan kulit tampak lebih berseri.

eucerin spotless brightening

Lebih meyakinkan kerana keberkesanan Eucerin Spotless Brightening Day & Night Fluid dibuktikan secara klinikal mampu menyerap secara mendalam selain turut diuji oleh pakar dermatologi.

Risau sekiranya ia tak sesuai dengan anda? Jangan khuatir! Teksturnya ringan dan tak melekit malah sesuai dengan semua jenis kulit wajah. Lagi best, anda boleh rasai perubahan pada wajah dalam masa dua minggu sahaja.

Tak sahaja bantu dari segi tona kulit, pelembap muka untuk siang memberikan perlindungan pada wajah dek kandungan UVA dan UVB di dalamnya. Bahkan pelembap muka untuk malam turut menyediakan bantuan bagi memperbaharui kulit anda.

eucerin spotless brightening

Testimoni dalam dua minggu

Bagi membantu anda merasai pengalaman menggunakan Eucerin Spotless Brightening Day & Night Fluid, kami sendiri telah mencuba produk berkenaan selama 14 hari bagi menampilkan keberkesanannya.

Hari pertama:

Daripada pandangan pertama, kedua-dua pelembap muka ini mempunyai tekstur yang ringan dan senang dipam dan dikawal bagi mendapatkan kuantiti yang diingini. Berwarna krim, ianya mudah menyerap pada muka tanpa memerlukan sapuan yang berulang-ulang kali. Syoknya, tak tinggalkan ‘whitecast’ pada wajah langsung. Licin sahaja!

Baunya juga menyenangkan lantas sesiapa yang kurang gemar dengan wangian yang kuat pasti tidak akan berasa tidak selesa dengannya. Dengan beberapa kali sapuan, pelembap muka terus meresap dan tidak kelihatan berminyak atau melekit langsung. Kulit anda pun terasa ringan dek teksturnya yang lembut.

Hari ke-7:

Selepas 7 hari menggunakannya, kulit terasa lembap sentiasa dan masalah kekeringan juga reda. Nampaknya Eucerin Spotless Brightening Day & Night Fluid juga berkesan bagi memberikan kelembapan pada wajah. Lagi pula, kulit wajah turut kelihatan anjal dek kelembapan yang cukup selain tona tidak sekata yang pudar mula menghilang.

Hari ke-14:

Hari terakhir! Kulit wajah terus kelihatan lembut dan berseri selepas dua minggu mengamalkan Eucerin Spotless Brightening Day & Night Fluid sebagai ‘rakan baik’. Yang penting, kulit wajah semakin membaik bagi merealisasikan tona kulit sekata.

eucerin spotless brightening

Keputusan:

Nampaknya Eucerin Spotless Brightening Day & Night Fluid sudah sepatutnya dimiliki oleh anda. Ianya ternyata merupakan pembantu yang baik bagi sesiapa yang mengalami masalah kulit kusam dan tona tidak sekata. Selain menyerikan, ianya juga membantu melindungi kulit dan memberikan kelembapan yang diperlukan sepanjang hari.

Dah tak sabar nak cuba? Boleh terus dapatkan Eucerin Spotless Brightening Day & Night Fluid di farmasi seperti Guardian sekarang juga!

eucerin spotless brightening

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh lawati laman web Eucerin atau pun media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi dapatkan #TranslucentRadiantSkin dan kulit yang #SpotlessLimitless.

Untuk kulit cerah sekata gunakanlah rangkaian Eucerin Spotless Brightening Solution.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...