Pelakon Lana Nodin semalam sekali lagi memuat naik hantaran berbaur sindiran khas kepada rakyat Malaysia setelah pihak kerajaan telah memberi kelonggaran untuk merentas negeri.
Namun begitu, netizen nampaknya sudah lelah dengan sikap Lana yang gemar menimbulkan perasaan kurang senang dengan posting-posting sindirannya itu.
Menerusi sebuah platform forum hiburan, ramai yang tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan meminta agar terus duduk di Amerika Syarikat dan tidak perlu sibuk mengenai apa yang sedang terjadi di tanah air.
Kau tak nak vaksin satu keluarga, tiada siapa yang larang. Mati pun sendiri yang tanam, sendiri yang kubur. Tak perlu menyalak apa yang kerajaan buat kat Malaysia. Duduk diam-diam je kat negeri hujan emas. Tak perlu kisah negara Malaysia sebab kehadiran kau tak terkesan kat negara tercinta ini. Undi trump esok, tak payah sibuk hal Malaysia negara yang banyak diskriminasi ini.
Dalam pada itu, ada juga yang menganggap Lana sebagai seorang yang tidak mempunyai kepentingan dalam industri hiburan tempatan kerana hanya terkenal dengan gosip murahan seperti berpakaian seksi dan sebagainya.
Selain daripada gosip seksi, Johan As’ari, meroyan, saya tak pernah tahu pun naskah apa yang dia ni berlakon. Maknanya satu sen pun dia ni tak guna dalam industri. Sila duduk sana diam-diam.
Malah, ada juga pengguna forum yang membandingkan Lana dengan artis tempatan yang telah bermastautin di luar negara seperti Allahyarhamah Fatimah Ahmad dan Norazah Aziz.
Sekadar info, Lana dan David McKienzie bersama kedua orang anaknya Gia Quinn McKienzie,5, dan William Daud McKienzie,3, telah terbang ke Amerika Syarikat pada pertengahan September yang lalu difahamkan untuk menyelesaikan beberapa urusan di negara kelahiran suaminya itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.