Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiada Penjarakan Fizikal Dan Diskriminasi, Lana Nodin Puji Pengurusan Masjid Di USA

Lana Nodin

Pelakon yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia, Lana Nodin baru-baru ini berkongsikan pengalaman menunaikan solat di sebuah masjid terletak di Amerika Syarikat.

Advertisement

Ujar Lana, di sana pengurusan masjid tidak mengamalkan sebarang penjarakan fizikal dan diskriminasi vaksinasi.

Jelas pemilik nama Mazlina Hasan Nodin ini lagi, saf masjid di Amerika Syarikat juga tidak dijarakkan dan jemaah boleh menunaikan solat sama seperti keadaan sebelum COVID-19.

Advertisement

Alhamdulillah dengan izinnya masjid ini hanya beberapa minit sahaja dari tempat tinggal kami. Suprisingly ramai umat Islam menunaikan solat jumaat dan semasa kami solat jumaat, saf di sini tak ada penjarakan sama seperti saf sebelum wujudnya COVID dan tiada diskriminasi yang dikenakan untuk memasuki masjid ini.

Lana berkongsikan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dia dalam pada itu turut mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabatnya yang berada di Malaysia terus dilindungi daripada dijangkiti virus COVID-19.

Terdahulu, Lana pernah berkongsi momen makan di restoran di mana dia dan keluarga tidak perlu melalui sebarang pemeriksaan suhu dan sebagainya.

Malah, Lana juga dilihat membawa anak-anaknya mandi dan berhibur di tempat awam.

Lana dan keluarga telah berangkat ke negara Uncle Sam itu pada pertengahan September 2021 dan semenjak itu dia banyak berkongsi keadaan rakyat di Amerika Syarikat dalam menghadapi fasa pandemik COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Anonymous

    September 28, 2021 at 10:46 am

    Makcik ni kene banyak belajar lagi apa itu herd immunity, dia sembang kencang mcm dia asal sana, takat laki ko je org sana tu pon xde time pandemik xyah la sembang, org yg duk sana dah lama siap hadap time pandemik semua cakap lain dr apa yg makcik ni cakap, bulan 10 ni Biden tu nk kuatkuasa siapa xnk vaksin akan dibuang kerja, jadi maknanya apa? kat sana ramai yg degil sbb tu ramai ingat sana bebas, walhal kat sana yg dah complete dose je boleh keluar tanpa mask, eh malas la nk ckp banyak2, bukan makcik bebal ni nk terima pon, biarkanlah dia, aku doa semoga dia or laki anak dia x kene covid la, itu je.

  2. Mat Crocks

    September 27, 2021 at 4:11 pm

    la reti rupanya acik ni pegi masjid

  3. Anonymous

    September 27, 2021 at 9:39 am

    pergi masjid sbb nak solat ke sbb nak buat perbandingan sis?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top