“Sekilo Kena 80 Sen” – Netizen Bengang Ada Peniaga Caj Harga Lain Kalau Minta Potong Ayam

Kehidupan

“Sekilo Kena 80 Sen” – Netizen Bengang Ada Peniaga Caj Harga Lain Kalau Minta Potong Ayam

Satu perkongisan di laman Facebook Bukit Mertajam Community meraih pelbagai respon daripada netizen berikutan seorang individu mendedahkan bahawa terdapat sebuah kedai menjual ayam mengenakan cas sebanyak RM0.80 setiap kilo bagi ayam yang ingin dipotong kepada bahagian kecil.

Dalam hantaran tersebut, kedai yang dikatakan berlokasi di Kubang Semang, Kedah itu telah mewajibkan pembeli untuk membayar kos hampir seringgit sebagai upah memotong ayam.

Advertisement
Facebook potong ayam cajSumber : Facebook  

Apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah kerana kebiasannya tiada caj memotong ayam kerana ia selalu diberikan secara percuma.

Malah, menjengah ke ruangan komen, ada netizen tidak berpuas hati kerana pekedai berkenaan tidak membenarkan pembeli membeli ayam yang tidak dipotong malah sebaliknya.

caj potong ayamSumber : Facebook  

Tak pernah lagi beli ayam kena caj. Beli demat pasaraya pun siap potong, siang tak ada caj.

Namun, ada juga yang merasakan caj yang dikenakan tidak keterlaluan kerana peniaga juga mencari makan dan hanya menawarkan servis memotong ayam kepada pelanggan.

Pelanggan yang rasa kedekut duit & nak jimat sangat tu tak payah beli lah. Kalau boleh semua benda nak free. Peniaga bukannya kuli..

Dalam pada itu, ada juga peniaga ayam yang turut meninggalkan komen seperti tiada untung jika bahan mentah dijual pada harga siling dan mereka juga tertekan akibat peningkatan harga barang yang tidak terkawal pada ketika ini.

lelaki disihir mak angkat
3 years ago

"Kad Bank Kena Pegang" - Lelaki 'Hilang' Setahun, Rupanya 'Mak Angkat' Sihir Untuk Tanggung Hidup Sekeluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...