Bermula jam 11 pagi tadi, tiket konsert penyanyi popular dari luar negara iaitu Justin Bieber dijual atas talian dan dapat dilihat ramai peminat tunggu awal dari jam yang sepatutnya kerana ingin mendapatkan tiket dengan segera.
Akan tetapi, ramai juga yang kecewa kerana dalam hanya 3 jam saja, tiket konsert terbabit habis terjual.
Jika lihat di media sosial, ramai meluahkan perasaan gembira kerana dapat memiliki serta kunjungi konsert idaman mereka pada bulan Oktober nanti.
The fact that scalpers already got their hands at tickets and selling them at 3rd party website (Viagogo). I thought the tickets cannot be transferred others? #JusticeTourMalaysia pic.twitter.com/YEhUcuU8k3
— Luhlee? (@Lilyatris31) March 31, 2022
Dalam pada masa yang sama, ada juga meluahkan rasa kecewa kerana gagal memiliki tiket konsert Justin Bieber itu. Malah, ada yang berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan reseller mengambil kesempatan untuk menjual semula tiket berkenaan dengan harga dua kali ganda lebih mahal dari harga asal.
Sepatutnya harga tiket untuk CAT 7 hanya RM288, tetapi pihak tidak bertanggungjawab itu menjualnya dengan harga sebanyak RM1000.
Perkara seperti ini sering kali berlaku ketika adanya konsert artis luar negara, jadi netizen sempat memberi pesanan serta nasihat kepada orang ramai untuk tidak membelinya kerana bimbang itu adalah scammer.