Peminat Dah Tak Sabar, Teruja Justin Bieber ‘Live’ Di KL, Tiket Bermula Pada Harga RM288

Hiburan

Peminat Dah Tak Sabar, Teruja Justin Bieber ‘Live’ Di KL, Tiket Bermula Pada Harga RM288

Semalam kecoh di media sosial semalam apabila penyanyi terkenal Justin Bieber dilaporkan akan membuat persembahan di Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini.

Dalam pengumuman itu, pihak pengurusan Justin Bieber telah menyenaraikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai salah satu lokasi persembahan konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara pada tahun ini.

Advertisement
Justin BieberSumber : Google  

Suami kepada model terkenal Hailey Bieber itu juga akan membuat persembahan terbuka di Jakarta, Nagoya, Osaka, Tokyo selama 100 hari sehingga tahun 2023.

Selain itu, penyanyi lagu Anyone itu juga akan mengadakan ‘tour’ di negara lain seperti Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika Selatan, Australia, New Zealand dan juga Timur Tengah.

Manakala bagi harga tiket pula, ianya bermula dari RM288 hingga RM2,088 untuk tiket VIP dan akan mula dijual bermula 31 Mac ini.

Tiket Justin BieberSumber : Google  

Menjengah ke ruangan media sosial, ramai peminat nampaknya sudah teruja dan tidak sabar untuk melihat Justin Bieber membuat persembahan di konsert berkenaan!

Zul arifin annuar musa
2 years ago

"Zul Ariffin Kini Disiasat Bawah Seksyen 233 Akta KMM Berikutan Adegan 'Panas'"- Annuar Musa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...