Siapa sangka pasangan duo adik-beradik yang awalnya merupakan pelawak telah membawa pulang gelaran juara bagi program realiti Famili Duo musim ketiga (FD3) yang telah ditayangkan malam Ahad. Syaiful dan Sharif juga berjaya meraih RM100K sebagai hadiah pemenang.
Menurut adik-beradik ini, kini mereka tidak akan hanya fokus kepada melawak sahaja. Mereka ingin turut menyambung menyanyi sebagai karier seni mereka kerana kini mereka bukan sahaja boleh menghiburkan peminat dengan melawak, tetapi juga boleh membuat persembahan melalui nyanyian.
Saya nampak kami boleh hiburkan orang dalam nyanyian jadi kenapa tidak kalau kami ambil ini secara serius.
Sebelum ini kami di pentas lawak, namun sekarang orang sudah terima kami di pentas nyanyian.
View this post on Instagram
Tambahan pula, mereka juga menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada para peminat yang setia menyokong dari minggu pertama hinggalah yang terakhir hingga mereka berdua berjaya menjadi juara. Kata mereka, disebabkan ada peminat yang suka nyanyian mereka lah, karier menyanyi mereka akan semakin berkembang di masa akan datang.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.