“Mereka Usaha Menyanyi Walaupun Huru-Hara..” – Syaiful Dan Sharif Pemenang Minggu Pertama, Peserta Lain Mula Hati-Hati

Hiburan

“Mereka Usaha Menyanyi Walaupun Huru-Hara..” – Syaiful Dan Sharif Pemenang Minggu Pertama, Peserta Lain Mula Hati-Hati

Baru-baru ini juri tetap program realiti Famili Duo Ke-3, Mas Idayu, tampil menyatakan rasa berpuas hati dan teruja apabila pemenang minggu pertama itu mampu menghasilkan persembahan yang kreatif.

Penyanyi 90-an ini berkata, peserta yang lain seharusnya berhati-hati dengan duo adik-beradik, Syaiful dan Sharif yang asalnya merupakan pelawak ini kerana kedua-duanya mempunyai vokal yang tak kurang hebat dari penyanyai lain.

Advertisement

Kita ada pasangan pelawak, mungkin yang lain fikir mereka tak cukup bagus tapi sebenarnya mereka patut takut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Bukan itu sahaja, dia turut menyoal kehebatan peserta yang lain, sama ada mereka boleh membuat persembahan yang luar biasa dan memenuhi permintaan juri ataupun tidak.

Mereka berusaha menyanyi walaupun huru-hara, saya nampak usaha dia nak masuk dunia nyanyian kita. Mereka kerja keras.

Oleh kerana persembahan yang berjaya mengagumkan para juri, pasangan pelawak ini muncul sebagai juara minggu pertama yang melayakkan mereka mendapat wang tunai sebanyak RM10K.

Dengan kejayaan yang diraih Sharif dan Syaiful, ramai tertunggu-tunggu dengan apa yang bakal mereka bawa ke atas pentas pada minggu hadapan.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mas
7 months ago

"Kalau Main-Main, Saya Jadi Diri Sendiri Balik" - Mas Idayu Cuba Lemah Lembut, Taknak Ulang Kesilapan Lalu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...