Semalam, media hiburan tempatan dikejutkan dengan berita pernikahan penyanyi Zizi Kirana bersama pelakon Yusuf Bahrin.
Tampil segak berbusana hitam di hari pernikahan, Zizi yang dihubungi media memaklumkan bahawa perkenalannya dengan Yusuf telah banyak mengubah karakter dirinya.
View this post on Instagram
Kata Zizi, Yusuf telah berjaya melembutkan hatinya untuk meneruskan hubungan mereka ke alam perkahwinan dan berharap agar percintaan selepas pernikahan ini lebih diberkati dan berkekalan hendaknya.
Rasanya semua orang tahu sebelum ini perwatakan saya agak kasar, orang kata macam gangster..ibaratnya macam harimau tapi sekarang dah jadi kucing. Yusuf berjaya melembutkan hati saya untuk teruskan hubungan ini ke alam perkahwinan. Lagipun tak salah bercinta selepas kahwin kan?
Zizi dalam pada itu memberitahu meskipun jarak umur dia dan Yusuf agak jauh namun dia tidak menganggap perbezaan itu sebagai penghalang cinta mereka.
Penyanyi lagu Eh! ini juga melihat Yusuf sebagai seorang yang matang dan sudah bersedia untuk mengemudi alam rumah tangga yang dibina.
View this post on Instagram
Tambah Zizi lagi, suaminya itu juga menghormati wanita serta seorang pendengar yang baik.
Yusuf seorang yang sangat sopan santun. Dia menghormati wanita dan seorang pendengar yang baik. Dia juga sangat mengutamakan keluarg, itu antara ciri-ciri yang membuatkan saya jatuh cinta.
Terdahulu, Zizi telah sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin dengan sekali alfaz pada jam 10.40 pagi bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Pasangan ini dilaporkan mula berkenalan ketika bersama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia sekitar awal tahun ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.