Bukan seperti yang diuar-diuarkan bakal bernikah bulan hadapan, sebaliknya penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin telah selamat diijabkabulkan pagi tadi.
Pernikahan pasangan itu terjawab setelah dilihat berbusana pengantin warna hitam berada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pagi tadi.
Menerusi Instagram Live di akaun Zizi menunjukkan pasangan tersebut sedang melangsungkan acara pernikahan bersama juru nikah sekitar jam 10:45 pagi.
View this post on Instagram
Penyanyi itu kemudiannya membuat satu lagi siaran langsung di Instagram menampilkan dirinya dan suami, Yusuf selepas akad nikah dan dilihat sedang bergambar bersama.
Di dalam siaran tersebut, pasangan yang baru sahaja disatukan itu dibanjiri dengan ucapan tahniah dalam kalangan peminat serta rakan selebriti.
Terdahulu, kecoh khabar angin mengatakan mereka bakal menamatkan zaman bujang pada bulan hadapan, namun masing-masing mendiamkan diri dan tidak mengesahkan apa-apa.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
September 20, 2021 at 8:12 am
tahniah…..
Junaidi Syarif
September 19, 2021 at 7:30 pm
CONGRATS TO ZIZI AND HER HUSBAND! SHOW DON’T TELL..
Bunga Telang Biru
September 19, 2021 at 12:30 pm
Tabik hormat kepada pasangan ini yang bernikah tanpa perlu tunggu lama2 untuk kenali hati budi..Tabik hormat kepada pengantin lelaki yang walaupun muda daripada Zizi, berani & matang dalam buat keputusan bernikah..Kalau dah jodoh.. insha’Allah..Semoga kekal bahagia hingga ke jannah!