“Sekarang Ini Kewangan Tengah Goyah Sikit..” – Tiada Tawaran Berlakon Tahun Ini, Haneesya Hanee Sebak Ibu Terpaksa Gadai Barang Kemas

Hiburan

“Sekarang Ini Kewangan Tengah Goyah Sikit..” – Tiada Tawaran Berlakon Tahun Ini, Haneesya Hanee Sebak Ibu Terpaksa Gadai Barang Kemas

Baru-baru ini pelakon dan model, Haneesya Hanee mengakui mengalami masalah kewangan apabila tidak mendapat sebarang tawaran berlakon tahun ini. Aktres ini turut berkongsi pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh ibunya bagi membantu dari segi kewangan.

Mak sanggup gadai rantai dan gelang

Melalui podcast Myaudioplus, Haneesya memberitahu isu kewangan keluarganya membuatkan ibunya terpaksa menggadai barang kemas untuk membantu menampung perbelanjaan seharian sementara menunggu peluang pekerjaan.

Advertisement

Tahun ini tak ada shooting langsung. Sekarang ini kewangan tengah goyang sikit. Tapi rezeki itu sentiasa ada. Saya pun tak tahu datang dari mana. Ada kala ada masa gelang emas mak saya kena pergi gadai, rantai dia. Lepas tu, kalau ada duit balik, saya pergi beli balik.

 

Terkadang sampai marah dia supaya jangan jual. Penat saya kerja bagi dia melawa, jangan jual tapi dia mak kan. Dia tak membebankan anak dia, dia jual juga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Berusaha lebih keras

Dalam pada itu, model ini berkata pengorbanan yang dilakukan oleh ibunya itu membuatkan dia berasa ingin bekerja lebih keras. Tambahan pula, Haneesya menganggap apa yang dilakukan olehnya itu tidak setanding dengan apa yang ibunya lalui dan korbankan demi keluarga.

Tapi kadang-kadang saya rasa bila dia buat macam itu, benda itu yang bakar semangat saya. Saya kena cari kerja cepat- cepat supaya dapat beli balik emas dekat dia.

 

Mak Haneesya ni kuat dan saya nak jadi sekuat dia. Perjalanan hidup mak saya lagi susah dan banyak cabaran. Apa yang saya lalui ni saya rasa sakit. Saya suka orang nampak saya kuat. Cuma keluarga saya yang tahu apa sebenarnya yang saya lalui.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Randy Pangalila
7 months ago

Tak Ada 'Job' Sampai Tak Boleh Bayar Rumah, Randy Pangalila Dikejar Pemungut Hutang - "Saya Pergi Bank Beritahu Tak Ada Duit"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...