“Sekarang Bukan Masa Cari Pengganti..” – Anak-Anak Masih Trauma, Shuhada Ingin Fokus Pada Emosi & Kebahagiaan

Hiburan

“Sekarang Bukan Masa Cari Pengganti..” – Anak-Anak Masih Trauma, Shuhada Ingin Fokus Pada Emosi & Kebahagiaan

Bekas isteri pelakon sensasi Hafidz Roshdi yang dikenali sebagai Nurul Shuhada, mengakui bahawa dirinya masih belum bersedia dalam mencari pasangan baru untuk mendirikan rumah tangga.

Anak-anak trauma

Shuhada berkata dirinya mengambil keputusan tersebut kerana bimbang dengan keadaan anak-anaknya yang masih trauma dengan perkahwinannya yang lepas. Ibu kepada dua orang anak ini juga tidak mahu jika tersalah pilih pasangan.

Advertisement

Anak-anak trauma dan tak izinkan saya kahwin sebab risau salah pilih pasangan.

 

Saya memang nak jaga emosi anak-anak, berikan kebahagiaan buat mereka dan tak mahu mereka membesar dalam keadaan tak elok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Fokus kebahagiaan anak

Namun begitu, Shuhada tidak menafikan bahawa ada yang cuba mendekati dirinya dan anak-anaknya namun dia hanya ingin berkawan sahaja buat masa sekarang. Tambahnya lagi, fokusnya kini tertumpu kepada kebahagiaan kedua cahaya matanya itu.

Buat masa sekarang ini saya memang trauma dan takut apa akan jadi selepas ini.

 

Sekarang ini bukan masanya mencari pengganti mahupun kejar dunia sebab yang penting nak didik anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Sebelum ini, Hafidz dan Shuhada telah sah bergelar suami isteri pada 30 April 2016 namun berpisah pada 27 Julai tahun lepas.

shu
11 months ago

"Saya Tahu Saya Tak Salah.." - Perbicaraan Tertunda Kerana Kesihatan Hafidz, Shuhada Tetap Berharap Kemenangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...