“Saya Tahu Saya Tak Salah..” – Perbicaraan Tertunda Kerana Kesihatan Hafidz, Shuhada Tetap Berharap Kemenangan

Trending

“Saya Tahu Saya Tak Salah..” – Perbicaraan Tertunda Kerana Kesihatan Hafidz, Shuhada Tetap Berharap Kemenangan

Bekas isteri kepada pelakon sensasi Hafidz Rosdi dikenali sebagai Nurul Shuhada menyatakan rasa kecewa apabila hari pertama perbicaraan kes dicederakan oleh bekas suaminya itu ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai depan.

Hanya berharap kemenangan

Keputusan yang dibuat oleh Hakim ketika perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu itu adalah kerana isu kesihatan yang dihadapi oleh Hafidz hingga mengagalkan dirinya untuk hadir ke perbicaraan itu.

Advertisement

Namun, masih belum berputus asa, Shuhada berharap agar kemenaangan akan menyebelahi dirinya.

Saya tinggalkan anak-anak dengan keluarga dan datang ke sini dengan menaiki bas pagi tadi untuk hadir ke perbicaraan.

 

Tapi saya dimaklumkan Hafidz tak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan sehingga kes ini ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai nanti.

@beautifulnara  #sembangentertainment #shuhadashukri #hafidzroshdi #mahkhamah #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia ♬ original sound – Beautifulnara.com

Mohon kerjasama bekas suami

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua anak ini turut memohon agar bekas pasangannya itu untuk memberikan kerjasama bila tiba masa perbicaraan seterusnya.

Saya tahu saya tak salah dan saya memang nak fokus kepada kemenangan. Saya harap pada 2 dan 3 Julai ini kita berjumpa dan selesaikan perkara ini.

Terdahulu pada Mac tahun lepas, Shuhada telah membuat laporan polis mendakwa telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali di bahagian pipi.

Hafidz juga sebelumnya telah dibawa ke Hospital Bahagia pada 29 Mac bagi menjalani pemeriksaan psikiatri dan disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan.

Oleh itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

shu shukri
3 months ago

"Semangat Saya Berkobar, Sebagai Mangsa Akhirnya Suara Didengari" - Shu Harap Kes Ditumbuk Hafidz Roshdi Diadili Dengan Baik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...