June 6th, 2016

Minggu lepas, pelakon Nabila Huda ataupun mesra dengan panggilan Abil ada memuat naik video cukup romantis dan sweet apabila memaksa suaminya, Mohd. Izwan Johar mencium pipinya. Video itu bersempena dengan ulangtahun perkenalan mereka.

Rata-rata peminat yang melihat video berkenaan, memuji kemesraan mereka dan mendoakan agar mereka berdua bahagia sehingga ke akhir hayat.

Pada masa yang sama, Abil juga mengakui beliau kini dapat merasakan kebahagiaan dalam berumah tangga dan kini lebih selesa melakukan tugas sebagai seorang isteri daripada menghabiskan masanya diluar.

Saya sekarang lebih suka duduk rumah. Kalau balik dari kerja pun, saya akan terus pulang dan duduk diam-diam di rumah. Sekarang, saya lebih suka masak dan makan bersama keluarga. Sekarang baru saya rasa nikmatnya berumah tangga.

16 tahun bergelar pelakon dan sering berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap watak yang diberikan,  Abil nampaknya ingin berehat seketika dan menikmati kehidupannya.  Malah, Abil juga merencana untuk berbulan madu bersama suami tercinta.

Selepas ini saya mahu berehat. Sudah 16 tahun bekerja, tiba masanya untuk saya menikmati kehidupan. Saya pun belum berbulan madu, mungkin akan ke Afrika atau destinasi unik bersama suami. Sebulan atau dua bulan lamanya.

Syukur perkahwinan kedua Abil ini dapat memberikan kebahagiaan kepada beliau. Kami doakan Abil dan suami kekal sehingga akhir hayat dan tidak pernah berhenti mencintai antara satu sama lain.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...