June 2nd, 2016

Tidak kami nafikan Nabila Huda kini nampak lebih bahagia dan penuh perasaan cinta selepas berkahwin buat kali kedua.

Kali ini jelas sekali Abil cukup gembira dengan kehidupannya kini bersama insan yang boleh menerima diri beliau seadanya.

Semalam, Abil telah memuat naik satu video yang cukup sweet dimana beliau membuli suaminya untuk mencium pipi beliau.

Boleh nampak betapa malunya suami beliau tetapi tetap cuba untuk memenuhi permintaan isteri cinta.

Difahamkan video tersebut adalah bersempena tarikh ulangtahun perkenalan mereka.

Video berkenaan mendapat reaksi yang cukup positif daripada peminat yang mendoakan agar pasangan ini akan kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Ini baru betul-betul sweet lagipun dah nikah memang tiada siapa yang akan menghalang dan mengkritik.

Sumber Berita : Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...