Sanggup menggadai maruah demi ‘wang segera’, penglibatan anak muda dalam perkhidmatan perempuan simpanan atau sugar baby mencetuskan kebimbangan ramai. Lebih mengejutkan, peningkatan mendadak bilangan pelajar universiti dalam bidang ini berikutan ada aplikasi khas yang memudahkan lagi urusan.
BACA: Tular Isu Wanita Simpanan, Wani Kayrie Dedah Ada Rakan-Rakan Tawar Diri Jadi ‘Sugar Baby’

Foto: Instagram Bunga Is Me
Penyanyi muda, Bunga Is Me menerusi laporan Kosmo! mendedahkan pengalaman yang pernah dilalui rakannya sewaktu berada di bangku sekolah. Katanya, rakan sanggup berbuat demikian untuk keluar dari kesempitan hidup.
Saya pernah rapat dengan seorang kawan perempuan. Dia pernah beritahu saya, ketika ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkenalan dengan seorang ‘sugar daddy’ yang menjanjikan bermacam perkara kepadanya.
Dia pernah beritahu saya, sekali seluk atau pegang bahagian alat sulit, dia boleh dapat wang mudah bermula RM500. Bayangkan kalau dia buat perkara-perkara lain yang lebih ‘daring’.
Dia juga pernah beritahu saya, dia buat semua itu disebabkan kesempitan hidup nak bayar yuran persekolahan dan tuisyen. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk menghakimi apa yang dia buat namun ini membuktikan, ada sesuatu yang tidak kena dalam tangga sosial dan budaya masyarakat kita.
Malah, ibu bapa rakannya turut mengetahui mengenai aktiviti anak namun bertindak hanya mendiamkan diri. Dia berpendapat lagi, perkara tidak bermoral ini ibarat kanser, jika dibiarkan sudah tentunya melarat dan membinasakan.

Foto: Instagram Farisha Iris
Sementara itu, penyanyi muda Farisha Iris juga pernah mempunyai kenalan yang menjadi ‘sugar baby’ ketika belajar di universiti. Walaupun rakan tidak terlalu menunjukkan kemewahan, namun ramai yang dapat meneka apabila dia mampu tinggal di rumah sewa sedangkan pelajar lain menetap di kolej.

Kawan Sugar Baby
February 17, 2021 at 11:04 pm
kawan aku org S’pura. Sugar Daddy org dari Sabah. Few years together with him dapat sebijik kereta BMW 7 Series dapat rumah condominium di Orchard Road fully paid dapat duit poket monthly S$10,000 dapat designer handbags limited edition & tiap2 bulan gi holiday overseas. Keja dia mudah hanya kangkang & service cukup2 bila Sugar Daddy in town cam 2 kali sebulan & looking good. Sekarang dia dah tukar Sugar Daddy dari UK lebih kaya. Setiap lelaki yg nampak kawan aku pasti tertoleh nak tengok dia. She is an outstanding beauty.