Tular Isu Wanita Simpanan, Wani Kayrie Dedah Ada Rakan-Rakan Tawar Diri Jadi ‘Sugar Baby’

Hiburan

Tular Isu Wanita Simpanan, Wani Kayrie Dedah Ada Rakan-Rakan Tawar Diri Jadi ‘Sugar Baby’

Penyanyi dan juga pelakon muda, Wani Kayrie mendedahkan bahawa terdapat segelintir kenalan yang dikenalinya ketika menuntut di pusat pengajian swasta turut terbabit dalam aktiviti tidak bermoral ‘sugar baby’ seperti yang tular di media baru-baru ini.

Wani KayrieSumber : Instagram Wani Kayrie  

Kegiatan ‘sugar baby’ atau bergelar wanita simpanan merupakan aktiviti di mana wanita akan menawarkan perkhidmatan seks dan menjadi peneman bagi kaum lelaki yang kemudiannya akan memperoleh ganjaran seperti wang dan barang-barang mewah.

Advertisement

Bagi Wani, dia tidak berasa terkejut dengan pendedahan seperti itu kerana dia sendiri mengenali individu yang terdiri daripada rakan-rakannya sendiri mencari ‘sugar daddy‘ untuk menyara kehidupan dan mendapatkan wang tambahan.

View this post on Instagram

A post shared by WANI KAYRI?E (@wanikayrie)

“Saya tak terkejut apabila isu ini dibangkitkan sebab i bukan saja dalam kalangan pelajar, tapi mereka yang sudah bekerja. Ada di antaranya memang saya kenal, tapi saya tak boleh nak menghakimi sesiapa.”

Tambah penyanyi lagu Aku Suka Kamu ini lagi, dia hanya mampu memerhati daripada jauh dan menegur bila perlu sahaja kerana prinsipnya enggan menghakimi keputusan yang dilakukan seseorang individu.

Kata Wani lagi, individu yang memilih jalan sebegitu haruslah menanggung kesan daripada tindakan dan perlakuan mereka, tidak kira kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Sugarbook AppsSumber : Google  

“Saya faham bila ramai yang memperkatakan masalah kewangan menjadi punca isu ini. Apa yang saya mampu katakan adalah itu hakikat sebenar kehidupan. Mereka pilih jalan itu, jadi mereka perlu bersedia untuk menanggung kesannya. Kalau ada kawan rapat dengan saya yang mencari sugar daddy untuk menanggung kehidupan, saya sebagai kawan akan tegur.”

Terdahulu, perkhidmatan carian perhubungan ‘SugarBook’ telah melaporkan peratusan pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini yang majoritinya daripada pusat pengajian swasta di ibu kota. Menurut laporan yang didapat daripada aplikasi itu, kebanyakan pelajar Universiti mencari ‘Sugar Daddy’ bertujuan untuk mendapatkan wang dengan cara mudah bagi menampung kos kehidupan serta yuran pengajian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...