“Sekali Lagi Saya Tegaskan..” – Aliff Aziz Nafi Isu Dengan Sophia Al Barakbah Hanya ‘Gimik’ Drama

Hiburan

“Sekali Lagi Saya Tegaskan..” – Aliff Aziz Nafi Isu Dengan Sophia Al Barakbah Hanya ‘Gimik’ Drama

Pelakon, Aliff Aziz menafikan dakwaan mengatakan kontroversi antara dia dan aktres jelita, Sophia Albarakbah hanya gimik semata-mata demi mempromosikan drama gandingan mereka berdua iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, dia tidak akan sesekali bersetuju sekiranya diminta oleh pihak produksi untuk membuat gimik murahan demi meraih populariti dan perhatian penonton.

Advertisement

Bahkah, suami kepada penyanyi Bella Astillah itu lebih memilih drama lakonan mereka itu mendapat perhatian penonton disebabkan jalan cerita itu sendiri.

Insya Allah benda ni bukan gimik sebab saya pun pelakon, kalau pihak produksi minta kita buat gimik untuk naikkan drama, saya tak akan setuju.

Bukan itu sahaja, Aliff menegaskan bahawa perkara itu langsung tidak dirancang dan tidak ada kaitan dengan gimik murahan.

Perkara yang berlaku ni bukan satu benda yang happy untuk saya. Sekali lagi saya tegaskan, ia bukan gimik atau kami saja nak buat kecoh.

@sophiaalbarakbaah

#aliffaziz #sophiaalbarakbah #fyp #dramasangat #tv3 #slotakasiatv3 #kuakadkaudenganbismillah

? Tercipta Untukku – UNGU

Dalam pada itu, pelakon yang memegang watak sebagai Luth Mikhail itu berharap drama tersebut akan mendapat sambutan atas sebab naskah itu sendiri dan bukannya daripada sebarang gimik.

Info tambahan, Ku Akad Kau Dengan Bismillah akan disiarkan bermula 6 Februari 2023, setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di TV3.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dia Manja, Soft Spoken" - Pernah Berlakon Bersama, Aeril Zafrel Kata Sophia AlBarakbah Mudah Buat Lelaki 'In Love' Padanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...