“Dia Manja, Soft Spoken” – Pernah Berlakon Bersama, Aeril Zafrel Kata Sophia AlBarakbah Mudah Buat Lelaki ‘In Love’ Padanya

Hiburan

“Dia Manja, Soft Spoken” – Pernah Berlakon Bersama, Aeril Zafrel Kata Sophia AlBarakbah Mudah Buat Lelaki ‘In Love’ Padanya

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkata tidak mustahil mana-mana pelakon lelaki yang mudah jatuh cinta akan ‘in love’ dengan Sophia AlBarakbah.

Menurutnya yang pernah bergandingan dalam drama Tercipta Satu Ikatan pada 2021 , ia kerana aktres berusia 29 tahun itu mempunyai personaliti yang baik dan karakternya manja serta soft spoken.

Advertisement

Bagi saya dia seorang wanita yang baik. Dalam karakter atau pun di luar karakter, dia pun manja juga, Kalau orang yang senang terasa mungkin akan ‘in love’.”

@f8buzz

@sophiaalbarakbah baik & manja, senang jatuh cinta dengannya kata @aerilzafrel8 ??? #WawaZainal tgk ni! ??? Vid penuh YT@f8buzz #aerilzafrel

? original sound – F8Buzz – F8Buzz

Tegas Aeril, itu hanyalah pendapatnya sahaja dan bagi dirinya sendiri pula dia akan sentiasa ‘transparent’ dengan heroin yang digandingkan dengannya.

Tambahnya, dia akan memberitahu pelakon wanita yang digandingkan bersamanya bahawa ia tidak lebih daripada lakonan dan komitmen sahaja.

Berkongsi lebih lanjut, kata Aeril dia lebih senang untuk berterus terang kerana sebelum ini pernah ada pelakon wanita yang salah sangka dengannya.

Saya ada dengar daripada rakan pelakon lain. Bila lupa nak beritahu hal tersebut, heroin (tidak didedahkan siapa) mendakwa saya nak ‘try’ dia.”

Sophia AlBarakbah
1 year ago

"Benda Boleh Selesai, Biarlah Hilang Sendiri" - Sophia AlBarakbah Tak Nak Panjangkan Isu Mengaku Suka Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...