“Benda Boleh Selesai, Biarlah Hilang Sendiri” – Sophia AlBarakbah Tak Nak Panjangkan Isu Mengaku Suka Aliff Aziz

Hiburan

“Benda Boleh Selesai, Biarlah Hilang Sendiri” – Sophia AlBarakbah Tak Nak Panjangkan Isu Mengaku Suka Aliff Aziz

Sebelum ini, pelakon Bella Astillah memberitahu seorang pelakon wanita gadingan dengan Aliff Aziz dalam sebuah drama terbaharu telah mengakui suka kepada suaminya.

Kini Aliff hanya sedang menjalani hanya satu pengambaran drama iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah dan heroin dalam drama berkenaan adalah Sophia AlBarakbah.

Advertisement

Susulan sedang dicari oleh pihak media bagi mengulas secara lanjut mengenai isu ini, Sophia memberitahu kepada pihak HLive bahawa dirinya enggan memberi kenyataan kerana tidak mahu keadaan bertambah keruh.

Sophia AlBarakbah

Menurut pelakon yang kini sudah berusia 30 tahun itu, isu ini boleh diselesaikan secara tertutup dan hanya melibatkan dua belah pihak saja tanpa masuk campur orang luar.

Tambahannya lagi, dia turut meminta agar pihak media dan orang ramai isu ini reda dengan sendiri dan tidak memperbesarkan hal ini lagi kerana Sophia hanya mahu fokus untuk menyelesaikan penggambaran dramanya itu saja,

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

Sekadar info, kini Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah sedang menjalani sesi penggambaran drama terbaru, Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang diarahkan oleh pengarah, Osman Ali.

1 year ago

Tidak Akan Berlakon Dengan Sophia AlBarakbah Lagi, Netizen Puji Aliff Aziz Akui Khilaf Sendiri - "Dia Dah Banyak Berubah..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HLive

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...