Nama penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menjadi bahan bualan netizen hari ini apabila dia dilihat memeluk erat seorang pemuda sambil menunggang skuter elektrik.
Tidak hanya itu, pakaian yang digayakan Masya juga menjadi tumpuan apabila dia memakai baju labuh yang dipadankan dengan seluar pendek hingga mendedahkan bahagian betisnya.
Enggan menunggu lama, netizen dilihat berpusu-pusu meninggalkan komen terhadap penyanyi itu yang mengkritik pakaian yang dipakainya selain berteka-teki siapakah gerangan jejaka yang dipeluknya itu.
Jika sebelum ini, pernah muncul kontroversi yang mengatakan penyanyi itu sebenarnya sudah berumah tangga dan merahsiakan perkara tersebut.
Tidak kurang juga ada yang menyangka lelaki tersebut adalah ‘suami’ Masya tetapi menurut pemerhatian, ada peminat yang mendakwa lelaki berkenaan adalah ahli keluarganya iaitu adik penyanyi itu.
Rasanya adik beradik ni. Tapi makin berani ya dia (Masya) ni. Makin dikeam makin rancak dia berkongsi. Semoga dia berubah.
Itu bukan suami dialah. Itu adik lelakinya. Kalau ya pun tidak suka, jangan sampai fitnah.
Terdahulu, Masya menggemparkan media hiburan apabila dia dilihat tidak lagi bertudung dan tidak memberikan sebarang respon mengenai tindakannya itu.
Dia dahulu pernah menerima kecaman daripada netizen gara-gara sering berfesyen pelik dan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang muslimah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.