“Harap Tak Kena ‘Mark’ Dengan Peragut” – Fatin Afeefa Selamba Simpan Duit Beribu Ikat Getah Je…

Hiburan

“Harap Tak Kena ‘Mark’ Dengan Peragut” – Fatin Afeefa Selamba Simpan Duit Beribu Ikat Getah Je…

Pelakon jelita, Fatin Afeefa hari ini mencuri perhatian netizen apabila dia dilihat membawa wang tunai dengan jumlah yang banyak di dalam beg silang miliknya.

Menerusi video ‘content’ satu akaun Instagram ini, pelakon itu disapa mesra sebelum berkongsi barang-barang yang ada dalam begnya seperti pin tudung, ubat-ubatan, resit dan telefon bimbit.

Advertisement

Namun apa yang paling buat netizen tertumpu adalah Fatin membawa sejumlah duit yang banyak dan hanya diikat getah.

Saya tak ada dompet, semua duit saya ikat dengan getah.

Dia juga turut menunjukkan cincin perkahwinan, baju yang dipakai pada hari itu serta jam tangan namun enggan mendedahkan nilai sebenar aksesori yang digayakannya itu.

Fatin sempat berseloroh dan meminta hadiah hari jadi berupa dompet kerana dia amat memerlukan barangan itu sekarang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji penampilan Fatin yang manis bertudung namun ada juga yang meluahkan rasa bimbang dengan tindakan Fatin meletakkan wang tunai yang banyak dalam beg.

Bahaya Fatin pakai beg macam tu, bila-bila masa orang boleh rentap. Mesti jadi mata-mata kaki ragut nanti.

Peminat juga menasihatkan agar aktres itu tidak membawa wang dengan jumlah yang banyak dan lebih berhati dengan keadaan sekeliling selepas ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nd lala
9 months ago

Bergambar Pun Tidak, ND Lala Bergegas Tinggalkan Majlis Selepas Nikahkan Ubai Dan Shila Amzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...