Selain dari mencari kerja secara online, para lepasan graduan kebanyakan akan mengambil kesempatan menghadiri karnival kerjaya bagi mencari peluang pekerjaan.
Karnival kerjaya dikatakan scam
Menerusi sebuah podcast rehatsantaistudio, seorang individu mendedahkan dirinya masih belum mendapat maklum balas atau panggilan daripada syarikat yang telah menerima resumenya di karnival tersebut.
Tambahan pula, dia turut berkata syarat-syarat yang diletakkan oleh syarikat-syarikat yang ada ini tidak realistik untuk para graduan.
Bila saya pergi ke karnival kerja, mereka cari para graduan. Namun, syarat-syarat yang diletakkan untuk diterima kerja haruslah ada tiga tahun pengalaman.
Bayangkan para graduan yang tiada pengalaman kerja nak cari kerja tapi bila datang, sejujurnya buang masa.
Syarikat harus lebih spesifik
Ekoran itu, individu ini berpendapat syarikat-syarikat yang berada di karnival kerjaya tersebut haruslah lebih spesifik dalam meletakkan syarat-syarat bekerja.
Kalau anda nak cari lepasan graduan, tak perlu letak syarat 2 atau tiga tahun pengalaman,
Kalau nak cari yang ada pengalaman, pastikan ia spesifik.
@rehatsantaistudio Ep. 18 – Job fair is a scam #fyp #f #fypシ #rehatsantai #rehatsantaistudio #podcast #podcastclips #malaysia #employer #job #jobfair #fair #work #scam ♬ original sound – Rehat Santai
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.