“Sejahat-Jahat Saya Pun, Hati Saya Takkan Tergamak..” – Azlan Bakal Bernikah Pada Hari Selasa, Tepis Tuduhan Hilangkan Diri

Kehidupan

“Sejahat-Jahat Saya Pun, Hati Saya Takkan Tergamak..” – Azlan Bakal Bernikah Pada Hari Selasa, Tepis Tuduhan Hilangkan Diri

Baru-baru ini, seorang individu yang sempat tular di media sosial kerana bayinya yang menghidap sakit paru-paru kronik iaitu Mohd Azlan telah mengesahkan dirinya telah mengambil borang nikah pada Ahad lalu dan berancang untuk berkahwin pada hari Selasa.

Ingin mencepatkan proses

Kata Azlan, dia amat berterima kasih kepada pihak masjid yang membantu melancarkan segala urusan persiapan pernikahannya. Menurut individu ini, dia akan melakukan ujian HIV dan ujian darah pada hari ini sebelum akad nikah esok.

Advertisement

Ya betul, tadi saya pergi ke masjid untuk selesaikan kertas kerja berkaitan borang nikah. Esok (Isnin) akan pergi ke klinik untuk buat ujian HIV dan ujian darah. InsyaAllah kalau semua dipermudahkan, lusa (Selasa) saya akan akad nikah dengan pasangan.

 

Dia beritahu saya apa yang penting sekarang ni adalah untuk percepatkan segalanya, tidak kisah apa pun yang berlaku sebelumnya. Tiada manusia yang dapat lari daripada kesilapan.

Nafi melarikan diri

Dalam pada itu, Azlan turut menepis dakwaan bahawa dirinya dan pasangan telah menghilangkan diri. Katanya, dia pergi bertujuan untuk mengambil borang nikah manakala bayinya pula ditinggalkan di rumah bersama pasangan serta ibu mentuanya.

Kalau saya lari, siapa yang akan jaga mak saya yang lumpuh. Sudah bertahun saya jaga mak saya tak akan saya senang-senang nak tinggalkan dia seorang diri di rumah.

 

Sejahat-jahat saya pun, hati saya tak akan tergamak tinggal mak saya seorang diri.

azlan

Terdahulu, Mohd Azlan telah tular di media sosial apabila sebuah hantaran melihatkan bayinya yang baru berumur 11 bulan dengan memakai bantuan alat pernafasan harus menaiki motor untuk ke hospital.

Susulan tularnya hal itu, orang ramai telah berpakat untuk menyumbangkan bantuan kepada keluarga ini.

pasangan tular
3 weeks ago

Pasangan Tular Bawa Bayi Pakai Tiub Pernafasan Sudah Menghilangkan Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...